Join ViralMoneyList.com

Isnin, 10 Mei 2010

BAHANA MENINGGALKAN SOLAT

Yang selalu kita baca tapi ada diantara bacaan kita baca tapi tak tahu maknanye…..

Assalamualaikum, 
 
Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manuasia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya .Adakah kita Tidak mengenang Budi ,Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya. Jadui di kesempatan ini saya sebarkan/forwardkan Makna bacaan ketika mengambil wudhuk n solat yang kita baca setiap hari........ ........ untuk dijadikan renungan dan ikibar yang boleh diamalkan . kalo lagu boleh hafal, ni perkara yg kita buat ari2..sure bole igtnyer.. slamat beramal.


' AIR SEMBAHYANG '
 

  1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'. Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.  
  2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan mukaku ini'. Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri. 
  3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab  ku di tangan kananku ini'.Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .  
  4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu  dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiriku ini'.Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .
  5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu'.Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Mahsyarmacam matahari sejengkal di atas kepala.  
  6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini' Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll. 
  7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'. Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titiandengan pantas sekali.. 
  8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi kemasjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat' Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita ditangan Allah.

Allah Maha Besar    
 
Doa Iftitah
 
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.  
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.  
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,  
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.  
Sesungguhnya solatku,  
Ibadatku,  
hidupku,  
matiku  
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.  
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak  
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.  
 
Al-Fatihah
 
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.  
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.  
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.  
Yang menguasai hari pembalasan.  
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.  
Tunjukilah kami jalan yang lurus.  
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.  
 
Bacaan ketika rukuk
 
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.  
 
Bacaan ketika bangun dari rukuk
 
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.  
 
Bacaan ketika iktidal
 
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.  
 
Bacaan ketika sujud
 
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.  
 
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
 
Ya Allah, ampunilah daku,  
Rahmatilah daku,  
kayakan daku,  
angkatlah darjatku,  
rezekikan daku,  
berilah aku hidayah,  
sihatkanlah daku dan  
maafkanlah akan daku.  
 
Bacaan ketika Tahiyat Awal
 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.  
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.  
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.  
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.  
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.  
 
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.  
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.  
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.  
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.  

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.  
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.  
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.  
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.  
 
Doa Qunut
 
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.  
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.  
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.  
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.  
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.  
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.  

Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.  
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.  
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.  
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.  
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.  
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
 
 
 

"wahai tuhan ku,aku  tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup  
keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah  
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa  kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal  
dunia" 

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.  

  1. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambilwuduk sedemikian rupa?
  2. Pernah kita terfikir segala hikmah yang kitaperolehi dalam menghayati Islam?  
  3. Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kitasebagai umat Islam? 

Bersyukurlah dan bertaubat selalu.. Hantar e-mel ini kepada rakan-rakan yang lain. Ikhlas kerana Allah.. 
 
 

BAHANA MENINGGALKAN SOLAT 

Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :- 

  1. Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannamselama 60 tahun* diakhirat.(*nota - 1tahundiakhirat=1000 tahundidunia=60,000 tahun)
  2. Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.
  3. Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah
  4. Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.
  5. Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan Solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakanadalah berdosa kepada Allah SWT." 

Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat: 

Dunia

  • Allah SWT  menghilangkan berkat dari usaha danrezekinya.
  • Allah SWT mencabut nur orang-orang   mukmin (soleh)  daripada (wajah)  nya. Dapat dibezakan antara orang yang  solat dan yang tidak solat pada wajahnya esp pada dahinyaWalaupun secantik atau setampan mana pun ia, seri wudhu dan bekas sujudnya   tidak terlihat.
  • Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman. 
Sakaratul Maut
  • Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangathaus.
  • Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut  keluar.(su'ul khatimah)
  • Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
 Alam Barzakh
  • Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman)  dari Malaikat Mungkar dan Nakir  yang sangat menggerunkan.
  •  Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
  • Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang  rusuknya berkumpul   (seperti jari bertemujari (Siksaan binatang- binatang bisa seperti  ular, kala jengking dan lipan) 

Hari Qiamat

  • Hisab keatasnya  menjadi sangat berat
  • Allah SWT tersangatmurka kepadanya.
  • Allah SWT akan  menyiksanya dengan   api neraka.

Nota : Saudara-saudaraku, ingatlah, jangan kita menganggap solat jemaahitu satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu'akkad yang sangat dituntut – ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah..



--
--------------------------------------------------------
ibok

Search for a domain and stake your claim
http://www.matspy.com/gdiclaim.htm

Pendapatan Lumayan Daripada Internet
http://followmetoday.ws/autoviral.htm

Menghasilkan Wang melalui FaceBook
http://www.followmetoday.com

0 komentar: