Join ViralMoneyList.com

Rabu, 23 Mac 2011

0

Allah Pemberi Rezeki, Seorangpun tidak dilupakan

Dalam sebuah syair disebut " Maha Suci Allah yang memberi rezeki kepada hambanya dan seorangpun dia tidak lupa.
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di t...engah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan yang cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:" Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut:"Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan:"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut:"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

-------------------------------------------------------------------------------------
Iklan Penaja

Saya akan follow-up dalam masa 24jam. Jika tiada sebarang makluman dalam tempoh 24 jam, anda send message kepada saya melalui facebook di facebook saya disini. http://www.facebook.com/MatSpy

Sekiranya anda belum lagi memiliki webhosting untuk membina mail list anda sendiri, saya cadangkan gunakan webhosting GDI, sekiranya sudah ada  abaikan cadangan ini: Link untuk pendaftaran: http://www.followmetoday.ws/

Sekiranya anda ingin memiliki autoresponder aka posman penghantar flier untuk anda, saya cadangkan gunakan Posmaster Trafficwave, jika sudah ada  abaikan cadangan ini: Link untuk daftar Trafficwave:  http://www.matspy.com/TrafficWave.htm