Join ViralMoneyList.com

Ahad, 30 Mac 2008

0

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya (Ali-Imran: ayat 85)

Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal soleh, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga. (At-Thalaq: ayat 11)

Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang daripada kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu. (Al-Maidah: ayat 106)

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum diantara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. (An-Nisaa': ayat 58)

Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nisaa': ayat 110)

Adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi Neraka Jahannam (Al-Jin: ayat 15)

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat dari Tuhannya lalu dia berpaling daripadanya. (Al-Kahfi: ayat 57)

Sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu sehingga kamu mengikut agama mereka. (Al-Baqarah: ayat 120)

Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa menyekutukannNya, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Barang siapa yang menyekutukanNya, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya. (An-Nisaa': ayat 116)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain, dan janganlah kamu mengintip atau mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Hujuraat ayat 12).

"DAN perangilah kerana menegakkan dan mempertahankan agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu menceroboh dengan memulakan peperangan kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh." (Surah Al-Baqarah ayat 190)

0

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."


Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

0

Bagaimana Cemerlang Dengan Doa

DALAM surah al-Mukmin (atau Ghafir) ayat 60 Allah (SWT) berfirman, "Berdoalah kepadaku akan Aku perkenankan permintaanmu. "

Di samping berusaha umat Islam disuruh berdoa kerana kecemerlangan dan doa tidak dapat dipisahkan. Malah doa ialah ibu ibadah. Demikian yang disabdakan Nabi SAW mengikut riwayat Imam Tirmizi. Doa yang rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan.

Perkara ini dinukilkan dalam kitab al-Azkar. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Nabi SAW bersabda, "Mintalah kepada Allah (SWT) kurniaannya. Sesungguhnya Allah (SWT) menyukai permohonan (dari hambanya)."

Adab-Adab Berdoa

Doa yang diterima oleh Allah (SWT) ialah doa yang datang dari hati yang khusyuk. Ketika berdoa beberapa adab perlu dijaga agar doa itu diberkati dan dimakbulkan Allah (SWT).

Antara adab-adab itu ialah:

1. Memilih waktu yang mulia.

Antara waktu-waktu istimewa yang baik untuk berdoa, berpandukan hadis-hadis Nabi SAW, ialah di bulan Ramadan, pada hari Jumaat, pada hari Arafah, waktu sahur, ketika sedang berjihad, waktu hujan turun, selepas melaksanakan solat-solat fardu, antara azan dan iqamat, ketika sedang berpuasa dan ketika sedang sujud dalam solat.

2. Merendahkan diri kepada Allah (SWT) dan khusyuk.

Dalam surah Al-A'raf ayat 55 Allah (SWT) berfirman, "Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan takut." Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Nabi SAW bersabda, "Berdoalah kepada Allah (SWT) dengan keyakinan bahawa Allah (SWT) akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah (SWT) tidak memperkenankan doa yang datang daripada hati yang lalai."

3. Bertaubat daripada dosa dan mengembalikan semula hak mereka yang telah dizalimi.

Dosa yang dilakukan akan menjadi benteng yang menghalang penerimaan doa oleh Allah (SWT). Hal ini disebutkan dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi. Allah
(SWT) berfirman dalam surah At-Tahrim ayat 8, "Wahai mereka yang beriman bertaubatlah kepada Allah (SWT) dengan taubat nasuha (iaitu taubat yang sebenarnya). "

4. Meyakini bahawa doa itu akan diterima.

Maksud nya, hendaklah kita berfikiran positif ketika berdoa. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Nabi SAW bersabda, "Berdoalah kepada Allah (SWT) dengan kamu meyakini bahawa ia akan diterima."

5. Tidak tergesa-gesa.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Nabi SAW bersabda, "Doa seseorang kamu akan diperkenankan selagi mana dia tidak bersikap tergesa-gesa dengan berkata, `Aku telah pun berdoa tetapi nampaknya tidak diperkenankan' ." Mereka yang tergesa-gesa bersikap seolah-olahnya mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka. Sepatutnya mereka berserah diri kepada Allah (SWT) kerana Allah (SWT) saja yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka. Berhubung dengan ini Imam Tirmizi meriwayatkan sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Tidak berdoa seseorang hamba di bumi ini melainkan ianya akan diperkenankan Allah (SWT), atau dipalingkan Allah (SWT) satu keburukan daripadanya setimpal dengan apa yang dipohonnya, selama mana dia tidak meminta perkara yang berdosa atau meminta untuk memutuskan tali persaudaraan. "

6. Hendaklah dimulakan sesuatu doa dengan memuji Allah (SWT) dan berselawat ke atas Rasulullah SAW. Demikian juga adabnya ketika mengakhiri doa itu. Hal ini disebutkan di dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi dan Ihya Ulumuddin oleh Al-Ghazali berdasarkan beberapa hadis Nabi SAW.

7. Disunatkan mengulang-ulangi sesuatu doa untuk menampakkan kesungguhan.

Hal ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud melalui sahabat Abdullah ibn Masud yang berkata, "Sesungguhnya Rasulullah amat gemar mengulang-ulangi doa dan istighfar tiga-tiga kali."

Punca Doa Tertolak

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah
(SWT) itu suci bersih dan Allah (SWT) tidak menerima kecuali yang suci bersih jua". Dan sesungguhnya Allah (SWT) mengarah orang-orang mukmin dengan sesuatu yang perlu juga dilakukan oleh rasul-rasul. Allah (SWT) berfirman, `Wahai rasul-rasul makanlah yang halal dan lakukanlah amalan yang salih.'

Allah (SWT) juga berfirman, `Wahai mereka yang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang dikurniakan kepadamu.' Terdapat seorang lelaki yang bermusafir jauh sehingga menjadi kusut rambutnya dan berdebu mukanya. Lelaki ini menadahkan tangannya untuk bermohon kepada Allah (SWT) dengan berkata `Ya Rab, ya Rab' sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan sesuatu yang haram. Bagaimana akan diperkenankan doanya? Hadis ini menunjukkan sumber rezeki yang haram menjadi sebab musabab sesuatu doa ditolak oleh Allah (SWT).

Ibrahim ibn Adham pernah pada suatu ketika berada di kota Basrah. Beliau ditanya tentang punca sesuatu doa tidak dimakbulkan oleh Allah (SWT). Beliau berkata,

"Pertama, kamu mengenal Allah (SWT) tetapi kamu tidak menunaikan haknya. Kedua, kamu mengatakan bahawa kamu mencintai rasulullah tetapi kamu tidak mengikut sunahnya. Ketiga, kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya. Keempat, kamu menerima nikmat Allah (SWT) tetapi kamu tidak menunaikan syukurnya. Kelima, kamu berkata bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya. Keenam, kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya. Ketujuh, kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak melarikan diri daripadanya. Kelapan, kamu berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya. Kesembilan, kamu bangun dari tidur dan kamu menceritakan tentang keaiban orang lain dan kamu melupakan keaiban dirimu sendiri. Kesepuluh, kamu mengebumikan mayat tetapi kamu tidak mengambil pengajaran darinya."

(Dari buku `Tip-Tip Cemerlang Dari Al-Quran' oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin)

Nukilan Dr. Danial Zainal Abidin (M. B. Ch. B. Universiti Alexandria)

Sabtu, 15 Mac 2008

0

Jangan

  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  11. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  12. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
  13. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  14. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  15. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  16. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ilangkan kasih orang kepada kita.
  17. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  18. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  19. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."




(Surah Al-Ahzab:71

0

Kekuatan Lelaki Dan Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki .....................

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani

Lelaki yang cantik

  • Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
  • Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
  • Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
  • Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
  • Adalah lelaki yang baik sangka dan,
  • Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki. Kegagahan Wanita .....................

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan,

Perempuan yang gagah

  • Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
  • Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
  • Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
  • Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
  • Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
  • Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
  • Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan...

0

Jangan sambut 1 januari ... Kenapa??

Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara ZulkifliNordin . Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin. ..

Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :- Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu
yang memberi)pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang : UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka
menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ... Contohnya,haribulan . Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka

21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "AnnoDomini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan"Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai".... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. "Nauzubillah ... . Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW s eperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.

Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.

Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah S.W.T dan yang kurang serta salah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri.

Wallahualam. Dapatlah kiranya dipanjangkan, Insyallah kita semua akan diberikan hidayah'

0

Hukun 13

Assalamua'laikum wr wb......... ..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.....

  1. Niat Sembahyang :Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
  2. Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  3. Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  4. Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  5. Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
  6. I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
  7. Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
  8. Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
  9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
  10. Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
  11. Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  12. Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
  13. Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam. Mempublikasikan Posting

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

0

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA


ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya:

  1. Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
  2. Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu,depa minta di"tiada"kan.
  3. Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
  4. Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
  5. Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
  6. Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
  7. Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
  8. Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
  9. Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
  10. Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
  11. Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
  12. Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? ....lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!"...Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim", katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!"... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: "Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE "DIWAJIBKAN" POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...

Isnin, 10 Mac 2008

0

Keadilan dalam pemilikan harta

Golongan kaya pikul amanah bantu fakir, miskin jayakan kegiatan ekonomi


Islam menentang pandangan yang menyatakan orang kaya adalah pemilik sebenar kepada harta dan kekayaannya. Oleh itu, ia berhak mendermakan atau tidak mendermakan sebahagian daripada harta itu sesuai dengan keinginannya. Ia juga bebas menggunakannya untuk memuaskan nafsu. Itu pandangan kapitalisme terhadap harta.

Ia adalah pandangan yang serupa dengan prinsip Qarun yang menyatakan seluruh harta yang ada padanya adalah hak miliknya secara mutlak, sebab ia adalah hasil kepandaian dan jerih payah Qarun bersikap aniaya terhadap kaumnya dan menafikan harta kekayaan yang ada adalah anugerah Tuhan. Sikap itu mendatangkan kemurkaan Allah. Maka Allah pun membenamkan Qarun bersama rumahnya ke dalam bumi .

Firman Allah bermaksud, "Maka kami benamkan Qarun berserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang boleh menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang (yang dapat) membela (dirinya) – (Surah al-Qasas 28: 81)

Islam menentang pandangan seperti di atas sampai ke akar umbi dan berpendapat harta adalah hak milik Allah. Allah menciptakannya dan dia pula menganugerahkannya. Orang kaya hanya seorang wakil yang dilantik oleh Allah pemegang amanah terhadap harta-Nya. Dengan perkataan lain fungsi orang kaya adalah mewakili Allah sebagai pemilik asal untuk menjaga, mengembangkan serta membelanjakan harta sesuai dengan kehendak dan keredaan-Nya.

Firman Allah bermaksud, "Belanjakan (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepadamu - (Surah al-Baqarah 2:254)

Berdasarkan firman itu, mesti difahami harta di tangan orang kaya sebenarnya adalah harta Allah yang dikurniakan kepada mereka.

Allah yang menciptakan manusia, harta dan alam semesta mewajibkan ke atas seluruh orang kaya untuk mendermakan kadar tertentu daripada harta Allah yang dititipkan kepadanya.

Dalam menekankan supaya mereka menunaikan kewajipan itu Islam tidak hanya bertumpu kepada nasihat, peringatan, motivasi atau dakwah. Cara seperti itu kurang berkesan terutama dalam menghadapi orang yang kesat hati, keras nurani dan lemah iman. Sebaliknya Islam mengikut sertakan campur tangan negara untuk menegakkan undang-undang. Tugas mengutip zakat daripada pihak orang kaya diberikan kepada golongan miskin adalah tugas negara.

Sesiapa yang enggan memberikan sebahagian daripada hartanya akan digesa dengan cara kekerasan atau suka rela untuk segera kembali ke pangkal jalan.

Dengan demikian, Islam menggabungkan antara dua jalan kebaikan. Islam menekankan nasihat agama dan akhlak, tetapi pada masa sama Islam juga menguatkuasakannya dengan ketentuan undang-undang dan kuasa pemerintahan. Allah menggunakan kuasa pemerintahan (Sultan) terhadap sebahagian manusia yang tidak mempedulikan peringatan al-Quran. Campur tangan kerajaan mesti diwujudkan demi merealisasikan jaminan dan tanggungan terhadap keperluan masyarakat. Inilah yang berusaha diterapkan oleh aliran kapitalisme atau sosialisme beraliran sederhana.

Walau bagaimanapun, Islam lebih utama daripada aliran moden di atas. Sebab Islam memiliki keistimewaan yang dimiliki oleh aliran itu. Di antaranya:

Islam muncul awal daripada aliran itu. Islam berjuang untuk mengukuhkan dan menjamin hak orang miskin sejak 14 abad yang lalu. Peribahasa menyatakan, keutamaan itu ialah milik orang yang memulakan meskipun orang yang meniru melakukannya dengan lebih baik.

Keaslian prinsip dan ajaran membuat Islam lebih istimewa daripada aliran ciptaan manusia. Aliran ciptaan manusia biasanya muncul ekoran keadaan tertentu dan digunakan untuk keadaan itu saja. Sebaliknya ajaran Islam adalah satu ajaran asli yang menjadi tiang utama dalam bangunan Islam yang agung.

Islam juga menjadi satu ajaran yang istimewa kerana kekal dan abadi. Ajaran aliran pemikiran ciptaan manusia biasanya digunakan dalam keadaan tertentu saja. Apabila keadaan itu berubah manusia akan meninggalkan ajaran itu untuk mengamalkan ajaran lain yang lebih sesuai dengan keadaan. Adapun ajaran Islam adalah syariat Allah yang kekal dan tidak menerima sebarang penggubalan dan perubahan sehingga hari kiamat.

Ajaran Islam bersifat sempurna dan syumul. Keistimewaan ini tidak akan wujud kecuali dalam ajaran diasaskan oleh Tuhan yang maha mengetahui. Dengan kekurangan yang ada dalam diri serta gesaan hawa nafsu yang boleh menyelewengkan pandangan dan pertimbangan, manusia sememangnya tidak mampu menciptakan ajaran yang bersifat sempurna dan universal seperti Islam.

Berkenaan isu jaminan terhadap golongan miskin, kesempurnaan dan kesyumulan ajaran Islam terserlah dalam dua perkara berikut, iaitu;

Pertama, sistem insurans diamalkan oleh Barat memberikan bantuan atau pampasan kepada orang yang ikut serta dalam sistem itu sesuai dengan kadar wang yang dibayarkan kepada syarikat insurans itu sepanjang usia kerjayanya. Bantuan dan cagaran dalam sistem insurans ini tidak diberikan sesuai dengan kadar keperluan seseorang. Sebaliknya siapa yang membayar lebih banyak akan menerima bantuan dan pampasan lebih banyak, manakala yang membayar sedikit pula meskipun keperluannya sangat banyak. Orang yang berpendapatan sedikit sememangnya akan sentiasa menerima sedikit dalam sistem ini.

Adapun sistem jaminan sosial yang berusaha direalisasikan Islam untuk umatnya tidak berdiri di atas pertimbangan kadar bayaran yang dibayar terlebih dulu. Ia juga tidak memberikan bantuan kepada orang memerlukan mengikut peratusan jumlah wang dibayarnya. Sebaliknya sistem jaminan sosial Islam memberikan bantuan kepadanya sebanyak kadar yang boleh memenuhi keperluannya, menghilangkan kerunsingannya dan mengeluarkan daripada kesukaran hidup yang dialaminya.

Kedua, sistem insurans yang diamalkan oleh Barat memiliki dua kelemahan, iaitu ia terhad kepada beberapa orang saja dan tidak mencakupi setiap individu memerlukan.

Ia tidak mampu merealisasikan keperluan golongan fakir miskin secara sempurna, seperti yang dilakukan Islam terhadap mereka dengan sistem zakat dan sistem lain.

Sistem insurans Barat hanya memberikan jumlah tertentu tanpa mengambil kira sama ada jumlah itu cukup untuk memenuhi keperluan atau tidak.


INTI PATI: Keistimewaan Islam

Islam berjuang untuk mengukuhkan dan menjamin hak orang miskin sejak 14 abad yang lalu.

Keaslian prinsip dan ajaran membuat Islam lebih istimewa daripada aliran ciptaan manusia. Aliran ciptaan manusia biasanya muncul ekoran keadaan tertentu dan digunakan untuk keadaan itu saja. Sebaliknya ajaran Islam menjadi tiang utama dalam bangunan Islam yang agung.

Islam juga menjadi satu ajaran yang istimewa kerana kekal dan abadi. Ajaran aliran pemikiran ciptaan manusia biasanya digunakan dalam keadaan tertentu saja. Apabila keadaan itu berubah manusia akan meninggalkan ajaran itu untuk mengamalkan ajaran lain yang lebih sesuai. Ajaran Islam adalah syariat Allah yang kekal dan tidak menerima sebarang penggubalan dan perubahan sehingga hari kiamat.

Ajaran Islam bersifat sempurna dan syumul. Keistimewaan ini tidak akan wujud kecuali dalam ajaran diasaskan oleh Tuhan yang maha mengetahui. Manusia sememangnya tidak mampu menciptakan ajaran yang bersifat sempurna dan universal seperti Islam.

- Bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)

0

Sujud para malaikat

- Menghormati Adam bukan menyembah -- Iblis tidak mematuhi arahan Tuhan kerana merasa dirinya besar dan mempunyai kelebihan berbanding manusia.

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI


Al-Imam al-Maghari berkata di dalam tafsirnya, selepas Allah s.w.t. mengkhabarkan kepada malaikat berhubung kedudukan Adam yang dijadikan sebagai khalifah di muka bumi, lantas Allah memerintahkan mereka sujud sebagai tanda hormat, bukan ibadat sebagai mengiktiraf kemuliaan Adam dan sebagai pernyataan bersalah terhadap apa yang mereka katakan sebelumnya.

Di antara keistimewaan Adam ialah kurniaan ilmu yang banyak, sehingga melemahkan malaikat. Allah menambahkan pada ayat-ayat berikut, dengan kemuliaan lain, iaitu arahan kepada sekalian malaikat supaya bersujud kepadanya. Ini menambahkan lagi tanda-tanda kemuliaan dan kelebihan pada makhluk bernama manusia yang berasal daripada Adam a.s.

Ibn Jarir di dalam tafsirnya, at-Thabari berkata, seolah-olah ia merupakan peringatan kepada kaum Yahudi yang mendiami kota Madinah bersama Nabi s.a.w. Kepada mereka diberikan pelbagai nikmat dan peringatan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

DAN (INGATLAH) KETIKA KAMI BERFIRMAN KEPADA PARA MALAIKAT, SUJUDLAH KAMU KEPADA ADAM, MAKA SUJUDLAH MEREKA, KECUALI IBLIS. IA ENGGAN DAN TAKBUR, DAN ADALAH IA TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG KAFIR. (Surah al-Baqarah Ayat 34 )

Allah menyebut, `Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat'. Iaitu, ingatlah wahai Muhammad, kepada kaummu, ketika Kami berkata kepada malaikat. Syeikh Abdur Rahman as-Sa'di berkata dalam tafsirnya, Taisir al-Karim, ayat ini mengandungi banyak pengajaran, di antaranya mengisbatkan kalam Allah. Ibn Jauzi mentafsirkan di dalam kitabnya, Zad al-Masir, bahawa terdapat dua pendapat tentang malaikat :

Penghormatan

Pertama, semua malaikat. Inilah pendapat as-Suddi daripada guru-gurunya. Kedua, mereka segolongan daripada malaikat, seperti riwayat Ibn Abas, tetapi pendapat yang pertama lagi sahih.

'Sujudlah kamu kepada Adam'. Iaitu sujud sebagai penghormatan dan membesarkannya, bukan sujud untuk beribadat. As-Syaukani di dalam Fath al-Qadir berkata, maksud sujud di sini ialah hina dan merendahkan diri, dan kemuncaknya ialah meletakkan wajah di bumi. Inilah juga pendapat Imam an-Nasafi di dalam tafsirnya yang menaqalkan pendapat jumhur ulama.

Terdapat dua pendapat berhubung sifat sujud para malaikat kepada Adam : Pertama, iaitu seperti sifat sujud di dalam solat. Inilah pendapat yang lebih zahir. Kedua, iaitu merendahkan kepala seumpama rukuk. Al-Imam al-Fakhru ar-Razi di dalam kitab, Tafsir al-Kabir berkata, telah ijmak sekalian orang Islam, bahawa sujud tersebut bukan sujud ibadat, kerana sujud ibadat selain Allah boleh membawa kufur.

Sujud

Al-'Allamah Thahir 'Asyur melalui tafsirnya, at-Tahrir Wa at-Tanwir berkata, sujud merupakan penghormatan pertama yang diterima oleh manusia daripada makhluk alam. Dan disandarkan sujud kepada Adam dengan perkataan 'lam' yang bermaksud 'bagi' menunjukkan bahawa mereka ditaklifkan bersujud dengan zatnya dan ia merupakan asal penunjuk `lam ta'lil', iaitu apabila dikaitkan dengan maksud sujud.

Kemudian beliau menambah, pada ayat ini juga dapat dikeluarkan permasaalahan yang cukup menarik tentang penghormatan kepada ilmu dan kelayakan ulama untuk menerima penghormatan dan kemuliaan tersebut, kerana ketika Allah mengajar kepada Adam ilmu-ilmu yang tidak dimiliki oleh malaikat, ia menjadikan Adam contoh utama dalam penguasaan penciptaan kajian dan ilmu yang zahir pada manusia selepasnya, dan pasti akan zahir penciptaan baru, begitu juga ilmu sehingga binasanya alam ini.

'Maka sujudlah mereka, kecuali iblis'. maksudnya, lantas mereka iaitu para malaikat semuanya sujud, kecuali iblis. Ulama menyebut, pengecualian ini ditafsirkan dengan dua pendapat : Pertama, iaitu pengecualian daripada jenis yang sama. Pendapat ini menggolongkan iblis termasuk dalam kumpulan malaikat, seperti pendapat Ibn Mas'ud dalam satu riwayat dan Ibn Abas, kecuali Allah menukar rupanya menjadi syaitan. Kedua, ia bukan jenis malaikat, tetapi jenis jin. Inilah pendapat al-Hasan al-Basri dan az-Zuhri.

Justeru itu, jadilah pengecualian ini sebagai pengecualian yang terputus. Penulis menyokong pendapat kedua berdasarkan ayat al-Quran yang lain, di dalam surah al-Kahfi ayat 50 maksudnya :

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat : Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah daripada golongan jin, maka ia menderhaka kepada perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku, sedangkan mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim.

Berhubung nama iblis, terdapat dua pandangan ulama, seperti yang dinyatakan oleh al-Imam al-Mawardi di dalam kitabnya, an-Nukat Wa al-'Uyun. Pertama, ia merupakan nama a'jam (bukan Arab). Inilah pendapat Abu Ubaidah, iaitu Mu`ammar bin al-Musanna at-Taimi, az-Zajjaj dan Ibn al-Anbari. Kedua, ia diambil daripada perkataan iblas, yang bermaksud putus asa seperti riwayat Abi Soleh.

Ini kerana, 'Ia enggan dan takbur', iaitu melanggar apa yang diarahkan kepadanya. Syeikh Rashid Redha di dalam tafsirnya, al-Manar berkata, iblis tidak mematuhi arahan Tuhan kerana merasa dirinya besar dan mempunyai kelebihan berbanding manusia. Sifat takbur dan suka menunjuk-nunjukkan sifat kesombongan ini, merupakan tanda-tanda perasaan tinggi diri. Terdapat huruf `sin' dan `ta' pada permulaan kalimah takbur, ia menunjukkan bahawa takbur bukanlah tabiat iblis, tetapi ia mampu dan bersedia melakukannya.

Perasaan

Al-'Allamah Thahir al-'Asyur di dalam tafsirnya berkata, perkataan 'istikbar' yang bermaksud 'amat angkuh' dan 'sombong' kerana 'sin' dan 'ta' menunjukkan melampau, iaitu melampau dirinya dengan perasaan besar dan megah atau memberi makna 'mubalaghah' dengan maksud amat takbur dan amat sombong.

Justeru makna kalimah tersebut ialah ia bersifat dengan sifat takbur terhadap Allah, dengan mengingkari perintah sujud kepada Adam tanpa rasa bersalah, bahkan menguatkan hujah kebatilannya dengan menyatakan kebaikannya kerana ia diciptakan daripada api, sedangkan Adam diciptakan daripada tanah.

Ibn Qayim di dalam kitabnya, Miftah Dar as-Sa'adah menjawab permasaalahan ini secara panjang lebar, dengan membandingkan dua unsur ini, iaitu api dan tanah. Sebenarnya kemuliaan, kebaikan dan kelebihan sesuatu makhluk itu bukan berdasarkan kepada unsur kejadiannya tetapi berdasarkan kepada ketakwaan, keimanan, keilmuan, perhambaan kepada Allah dan makrifah, sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat-aya al-Quran dan hadis. Semoga kita semua terselamat daripada sifat takbur, dan tidak terjebak ke dalam godaan iblis.

'Dan adalah ia termasuk dalam golongan orang-orang kafir'. Iaitu kerana keengganan dan sifat takburnya itu ia termasuk di dalam golongan kafir. Ini kerana ia merasa terhina dengan arahan Allah yang menyuruhnya sujud kepada Adam. Said Qutub melalui tafsirnya, Fi Zilal al-Quran berkata, sekarang nyatalah ia merupakan medan peperangan yang kekal, iaitu peperangan antara ciptaan kejahatan pada iblis dan khalifah Allah di muka bumi, yang berlaku pada diri manusia, di mana kemenangan mungkin berpihak kepada yang baik, berdasarkan sejauh mana pegangan manusia terhadap perjanjiannya dengan Tuhan. Sebaliknya ia mungkin berubah, di mana kejahatan kan menguasai apabila manusia menyerahkan dirinya kepada nafsu syahwatnya.

* DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Jumaat, 7 Mac 2008

0

Allah

Bacalah sehingga habis.
Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.

ALLAH  , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja. Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini. Kita cuba menyimpan  ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat......

  • Mungkin malam JUMAAT?
  • Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?
  • Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....
  • Dan sudah pasti waktu ada kematian...

   
 

   Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu  bekerja atau bermain..... Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus  sendiri tanpa bergantung padaNYA.
Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka...... Bahawa  nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah  yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah) Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita. DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.

RENUNGKANLAH

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!

   Ya aku CINTA ALLAH .

 Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku
DIA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS  yang tak berguna.  Ini adalah ujian yang mudah.  Kalau anda benar menyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu...
Kirimkan kepada 10 orang atau lebih kepada rakan anda.
Sekarang!!! Anda ada masa  kah untuk berbuat demikian? Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

                                Susah  vs. Senang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?

Kenapa mengantuk  dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?

Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama  tetapi kita bangga mem"forward" kan email yang tak senonoh?

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.   SOLAT  adalah yang terbaik.... Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

    Notes:

Tidakkah melucukan   betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah melucukan  bila  seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).

Tidakkah melucukan  bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar e-mail mengenai IS LAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?

Tidakkah melucukan  bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?.

Tidakkah melucukan  bagaimana anda merasa  risau akan tanggapan orang kepada saya  lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.

     Aku berDOA , untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan agar mereka di rahmati ALLAH.