Join ViralMoneyList.com

Isnin, 21 Januari 2008

0

Perempuan (ibarat) pakaian buat kamu

“Perempuan (ibarat) pakaian buat kamu, dan kamu (ibarat) pakaian buat mereka.” (al-Baqarah: 187)Tidak dibenarkan seorang muslim menampar muka isterinya. Tindakan tersebut dianggap suatu penghinaan, kerana muka adalah anggota yang menjadi pusat kecantikan tubuh.
Kelebihan yang dimaksud dalam ayat ini, iaitu kelebihan mengurus dan bertanggungjawab. Seorang laki-laki pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah! Apakah hak seorang isteri terhadap suami? Maka beliau menjawab: engkau beri makan dia apabila engkau makan, dan engkau beri pakaian dia apabila engkau berpakaian, dan jangan engkau menampar mukanya, dan jangan engkau jelek-jelekkan, dan jangan engkau berpisah dengan dia melainkan dalam rumah." (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Hibban)

Dan apabila diperkenankan seorang muslim untuk memberikan pendidikan isterinya yang durhaka, maka ia tidak diperkenankan memukul yang dapat menyusahkan atau menampar muka dan tempat-tempat yang cepat membawa ajalnya.

Di samping itu tidak pula diperkenankan seorang muslim menjelek-jelekkan isterinya, baik dengan mengata-ngatai atau ucapan-ucapan yang tidak layak didengar, misalnya kata-kata: qabbahakillah (kamu orang jahat) dan sebagainya.

Oleh kerana itu seorang suami muslim tidak dibenarkan mengabaikan masalah nafkah dan pakaian isteri. Sebab Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: "Cukup berdosa seseorang yang mengabaikan orang yang menjadi tanggungannya." (Riwayat Abu Daud, Nasa'i dan Hakim)

Nabi sendiri tidak menyukai laki-laki yang suka memukul isterinya. Beliau bersabda sebagai berikut:
"Mengapa salah seorang di antara kamu suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal barangkali dia akan menyetubuhinya di hari lain?!" (Riwayat Anmad, dan dalam Bukhari ada yang mirip dengan itu)

Terhadap orang yang suka memukul isterinya ini, Rasulullah s.a.w. mengatakan: "Kamu tidak jumpai mereka itu sebagai orang yang baik di antara kamu." (Hadis ini dalam Fathul Bari dihubungkan kepada Ahmad, Abu Daud dan Nasa'i dan disahkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim dari jalan Ayyas bin Abdillah bin Abi Dzubab) sedang kewajiban isteri terhadap suaminya, iaitu sebagaimana yang dikatakan Nabi Muhammad s.a.w.: "Tidak halal bagi seorang isteri yang beriman kepada Allah, memberi izin (kepada laki-laki lain) dalam rumah suami sedang suami tidak suka; dan tidak halal dia keluar rumah sedang suami tidak suka; dan tidak halal dia taat kepada orang lain; dan tidak halal dia meninggalkan ranjang suami; dan tidak halal dia memukul suaminya. Kalau suami berlaku zalim, maka datangilah sehingga menjadi senang; dan jika dia dapat menerimanya maka dia adalah perempuan yang baik dan semoga Allah menerima uzurnya dan menampakkan alasannya; tetapi jika suami tidak rela, maka uzurnya itu telah ia sampaikan kepada Allah." (Riwayat Hakim)

0

Kenapa Tuhan menghilangkan lidah ikan?

Rasululllah s.a.w bersabda: " Sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah dari lidah api neraka jahannam ".Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita".

Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab: " sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata.

"Salah seorang sahabat pun bertanya, "kenapa ikan tidak mempunyai lidah?" Sabda Rasulullah s.a.w: " Setelah Allah selesai men ciptakan Adam a.s. maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat.

Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan.

Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya, "sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan".Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s.

Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.

Oleh itu, marilah kita "jaga" lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan.

Berkatalah yang baik, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah

Ahad, 20 Januari 2008

0

puasa hari Juma'at, Sabtu & Ahad ni! (18,19 & 20/1/08)

Assalamu 'alaikum...

Jom kita puasa hari Juma'at, Sabtu & Ahad ni! (18,19 & 20/1/08)

1. Kenapa?
Hari Sabtu ni (19-Januari- 2008M) adalah bersamaan 10-Muharram- 1429H. Ia dipanggil hari 'ASYURA. Nabi SAW menggalakkan kita berpuasa pada hari tersebut:

Aisyah telah berkata : pada hari Asyura' orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah saw berpuasa dengannya. Tatkala tiba Rasulullah di Madinah baginda berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda bersabda: "Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia, dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya" (HR Bukhari & Muslim)
"Nabi SAW tiba di Madinah, kemudian beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Beliau bertanya :"Apa ini?" Mereka menjawab :"Sebuah hari yang baik, ini adalah hari dimana Allah menyelamatkan bani Israil dari musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu sebagai wujud syukur. Maka beliau Rasulullah SAW menjawab :"Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian (Yahudi), maka kami akan berpuasa pada hari itu sebagai bentuk pengagungan kami terhadap hari itu." (HR Bukhari)
2. Dah tu, apasal Jumaat & Ahad pulak? Bukan sepatutnya Sabtu ni aje ke?
Orang Yahudi berpuasa juga pada 10-Muharram ni. So, Nabi SAW nak bagi lain dari amalan agama orang2 Yahudi ni. Hasil dari kajian hadith oleh para 'ulama, dapat disimpulkan bahawa:

  • Paling bagus: Puasa sebelumnya (9Muharram), 10-Muharram (Hari 'Asyura) & selepasnya (11-Muharram) .
  • Ke-2 bagus: Puasa 9&10-Muharram. Kalau terlupa nak puasa pada 9-Muharram, boleh juga 10&11-Muharram.
  • Ke-3 bagus: Puasa 10-Muharram sahaja.

Al-Hafidz Ibnu Hajar berkata (Fathul Baari 4/246) :"Puasa Asyura mempunyai 3 tingkatan, yang terendah berpuasa sehari saja, tingkatan diatasnya ditambah puasa pada tanggal 9, dan tingkatan diatasnya ditambah puasa pada tanggal 9 dan 11. Wallahu a'lam."

3. Kalau tak puasa takpe ke?
Ini sunnat daa...Kalau buat dapat pahala (insyaALLAH) . Kalau tak buat, tak pula berdosa. Nak pahala ke taknak? Hehe...Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet. .

4. Apa kelebihannya?
InsyaALLAH, dapat pahala kerana mengikuti sunnah dan malah Nabi SAW mendoakan kebaikan buat ummatnya yang berpuasa pada hari tu.

Dari Abi Qatadah r.a. yang menceritakan seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw tentang (kelebihan) puasa 'Asyura. Nabi saw menjawab: "Aku mengharapkan Allah mengampunkan dosa setahun sebelumnya." (HR Muslim)

5. Ada lain2 amalan khusus sempena HARI ASYURA ni?
Takde. Jika ada dakwaan itu dan ini untuk diamalkan sempena hari 'Asyura ni, semua itu tak thabit dari Rasulullah SAW. Hanya PUASA SUNNAT sahaja yg thabit dan sahih dari Nabi SAW.
Selamat berpuasa. Semoga ALLAH sayangkan kita...Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet. , amin.
Forward kat kawan2 yek...


azk

Ahad, 13 Januari 2008

0

Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum
Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

0

duduk secara iftirash

هتاكربو ﷲاةمحرو مكيلع مﻼسلا

Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarrajah reflexology dibawah, bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...





cara duduk iftirash


Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT.
Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:
“Aku melihat Nabi Muhammad saw…..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)…..”
Hadith shohih riwayat Bukhri.
Pengajaran hadith:
  1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
  2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
  3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
  4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.

Selamat beramal dan menyampaikannya.

Khamis, 10 Januari 2008

0

DOA AWAL & AKHIR TAHUN


Assalamualaikum semua,

Kita semua tahu di dalam calendar tercatit 10 January 2008 jatuh pada 1 Muharram 1429 Hijrah ia itu tahun baru Islam. Jadi wajar la kita semua ambil peluang ini dengan membaca doanya :

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :-

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Ini lah Doa nya :Barangsiapa yang membaca doa AKHIR tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Pesanan untuk semua :

Ambil lah peluang keemasan ini, jangan lepas kan peluang. Rebut lah wahai umat Muhammad, mudah-mudahan Allah memberikan Pengampun nya kepada kita umat yang banyak berbuat dosa dengan sengaja ataupun tidak.

Fadilatnya:

Berpuasa 1 – 10 Muharram (Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam.”) Sahih Muslim.

Kelebihan berpuasa pada Hari Asyura ialah:
  1. dapat menebus dosa setahun yang lalu
  2. bagaikan berpuasa setahun
  3. binatang buas dan serangga berpuasa untuknya
  4. bagi mereka yang bersedekah bagaikan bersedekah setahun
  5. jika memberi pada anak ,sanak saudara atau fakir miskin akan diluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.
Banyakkan bersedekah
Memberi makan org2 miskin

YES, KITA SEMUA ADALAH UMAT YANG SPECIAL…..
WASSALAM