Assalamu 'alaikum...
Jom kita puasa hari Juma'at, Sabtu & Ahad ni! (18,19 & 20/1/08)
1. Kenapa?
Hari Sabtu ni (19-Januari- 2008M) adalah bersamaan 10-Muharram- 1429H. Ia dipanggil hari 'ASYURA. Nabi SAW menggalakkan kita berpuasa pada hari tersebut:
Aisyah telah berkata : pada hari Asyura' orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah saw berpuasa dengannya. Tatkala tiba Rasulullah di Madinah baginda berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda bersabda: "Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia, dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya" (HR Bukhari & Muslim)
"Nabi SAW tiba di Madinah, kemudian beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Beliau bertanya :"Apa ini?" Mereka menjawab :"Sebuah hari yang baik, ini adalah hari dimana Allah menyelamatkan bani Israil dari musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu sebagai wujud syukur. Maka beliau Rasulullah SAW menjawab :"Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian (Yahudi), maka kami akan berpuasa pada hari itu sebagai bentuk pengagungan kami terhadap hari itu." (HR Bukhari)
2. Dah tu, apasal Jumaat & Ahad pulak? Bukan sepatutnya Sabtu ni aje ke?
Orang Yahudi berpuasa juga pada 10-Muharram ni. So, Nabi SAW nak bagi lain dari amalan agama orang2 Yahudi ni. Hasil dari kajian hadith oleh para 'ulama, dapat disimpulkan bahawa:
- Paling bagus: Puasa sebelumnya (9Muharram), 10-Muharram (Hari 'Asyura) & selepasnya (11-Muharram) .
- Ke-2 bagus: Puasa 9&10-Muharram. Kalau terlupa nak puasa pada 9-Muharram, boleh juga 10&11-Muharram.
- Ke-3 bagus: Puasa 10-Muharram sahaja.
Al-Hafidz Ibnu Hajar berkata (Fathul Baari 4/246) :"Puasa Asyura mempunyai 3 tingkatan, yang terendah berpuasa sehari saja, tingkatan diatasnya ditambah puasa pada tanggal 9, dan tingkatan diatasnya ditambah puasa pada tanggal 9 dan 11. Wallahu a'lam."
3. Kalau tak puasa takpe ke?
Ini sunnat daa...Kalau buat dapat pahala (insyaALLAH) . Kalau tak buat, tak pula berdosa. Nak pahala ke taknak? Hehe... .
4. Apa kelebihannya?
InsyaALLAH, dapat pahala kerana mengikuti sunnah dan malah Nabi SAW mendoakan kebaikan buat ummatnya yang berpuasa pada hari tu.
Dari Abi Qatadah r.a. yang menceritakan seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw tentang (kelebihan) puasa 'Asyura. Nabi saw menjawab: "Aku mengharapkan Allah mengampunkan dosa setahun sebelumnya." (HR Muslim)
5. Ada lain2 amalan khusus sempena HARI ASYURA ni?
Takde. Jika ada dakwaan itu dan ini untuk diamalkan sempena hari 'Asyura ni, semua itu tak thabit dari Rasulullah SAW. Hanya PUASA SUNNAT sahaja yg thabit dan sahih dari Nabi SAW.
Selamat berpuasa. Semoga ALLAH sayangkan kita... , amin.
Forward kat kawan2 yek...
azk
0 komentar:
Catat Ulasan