Join ViralMoneyList.com

Khamis, 31 Mei 2007

0

Laa Taghdhab Jangan Marah

Kisah ini saya terima dari seorang kawan yang mungkin juga telah diterima dr seorang yg lain .. utk dikongsi bersama, moga boleh mengambil iktibar..

Allah Maha PengasihSepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin. Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembagian harta diantara mereka, perundingan berlangsung lancar, namun akhirnya sebagian besar masalah terselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.

Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai pembagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang], baik si suami maupun si istri sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Sulaiman dulu. Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh.

Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, iaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah untuk dibagi diantara mereka berdua.

Kerana si suami dan si istri sangat serius untuk bercerai, mereka berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil. Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami istri ini, sedang bergandengan tangan dengan mesra,sehingga Sang Imam bertanya, :

"Apakah Kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal bercerai?".
Sang Suami lalu menjawab : "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai"
."Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?" , tanya Sang Imam. "Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak, anak kembar !!".
Beberapa hikmah:

1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan. Betapa banyak penghuni penjara yang menyesal: mengapa ketika marah memukuli istri/anak/dsb sampai tewas....

2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan, sehingga nabi saw menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya.

3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah diatas yaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil meredam pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.

4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah keharmonisan semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Karena pertengkaran itu seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan

Khamis, 24 Mei 2007

0

Set anak panah belok: Surau Dang Wangi

Set anak panah belok: Surau Dang Wangi

0

Surau Dang Wangi

Bangunan hendak robohSurau Dang WangiRumah ALLAH
  • Tukang robohTrans resources Corporationn
  • Penyuruh roboh Majlis Agama ISLAM SelangorISLAM
  • (Pendakwa) Peguam sokong roboh1 Nurhani Salwa Jamaluddi ISLAM
  • (Pendakwa)Peguam sokong roboh2 Mohd Azahari Abu Hanif ISLAM
  • Plaintif (Penghalang roboh) rakyat marhain ISLAM
  • Hakim halang roboh Datuk Tee Ah Seng Buddha
  • (Peguam Bela)Peguam halang roboh1 A Vishnu KumarHindu
  • (Peguam Bela)Peguam halang roboh2 Suraj SinghHindu
  • Negara kejadian MALAYSIA ISLAM HADHARI


Cuba pakat-pakat pikir,tafakkur sejenak. Gunalah secalit IMAN yg ALLAHs.w.t kurniakan, bala bencana apakah ini?!TOLONG pikir nasib anak cucu kita nanti. Jangan kerana salah tangan kita memilih, mereka nanti tidak kenal surau/masjid, tidak kenal Tuhan, kita jugak dapat susah, tiada orang nak talkin, doakan sejahtera kita dalam liang lahad! Sumber diambil dari Harian Metro,11hb May 2007. Mahkamah Tinggi: Tangguh roboh Surau Dang Wangi Oleh Mohd Razlan Salleh KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,000 jemaah Surau Dang Wangi di sini, yangberusia 90 tahun, menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi di sinisemalam, menangguhkan keputusan merobohkan surau berkenaan untuk memberilaluan kepada projek pembinaan bangunan baru. Hakim Datuk Tee Ah Seng memerintahkan defendan pertama, Trans ResourcesCorporation Sdn Bhd (TRCSB); defendan kedua, Majlis Agama Islam Selangor(Mais) dan defendan ketiga, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan tidakmerobohkan surau berkenaan yang dijadualkan hari ini.Tee yang membuat keputusan itu dalam kamar beliau, membenarkanpermohonan injunksi sementara sehingga 22 Mei.Plaintif iaitu 13 ahli jawatankuasa surau berkenaan memfailkan permohonan penangguhan itu melalui peguam bela A Vishnu Kumar dan SurajSingh, manakala Mais diwakili Pegawai Undang-Undang, Nurhani Salwa Jamaluddin dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Mohd Azahari Abu Hanif. Wakil pihak defendan pertama tidak hadir di mahkamah. Mengikut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa tanah surau itudibina, didaftarkan atas nama Mais dan dipindah milik kepada PesuruhjayaTanah Persekutuan pada 7 April 2004.Mereka mendakwa surau itu wujud atas tanah terbabit sebelum 1975 dan menjalankan aktiviti sebagai pusat ibadat dengan sokongan dan tanpa bantahan pemilik tanah.Tanah itu diambil alih Mais sebelum diserahkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Dakwa plaintif lagi, apabila tanah itu dipindah milik kepadapesuruhjaya, mereka tidak dihubungi atau diberitahu mengenai perpindahan terbabit selain tiada usaha dibuat pesuruhjaya bagi mendapatkan pandangan ahli jawatankuasa dan jemaah. Baru-baru ini, defendan ketiga membenarkan syarikat TRCSB membangunkan sebuah kompleks polis di atas tanah terbabit menyebabkan plaintif menerima notis mengosongkan surau itu dalam masa sebulan.Berikutan itu, plaintif menulis surat kepada defendan dan pihak lainuntuk menyelesaikan isu itu, tetapi tiada jawapan daripada semua defendan. Plaintif kemudian membuat laporan polis pada 5 Mei lalu. Sehubungan itu, plaintif memohon deklarasi mereka berhak menetap danmenjalankan aktiviti di surau itu dan perintah melarang defendan pertama merobohkan surau terbabit sehingga kes diputuskan mahkamah.

<>

Isnin, 21 Mei 2007

0

Sijil Kelahiran?

BETUL KE? NAUZUBILLAH..... Bismillahirrahmanirrahim "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran" surah Al Asr ayat 1-3. Saat mendukacitakan bagi umat Islam di Malaysia sudah tiba. Satu demi satu gerakan licik puak kafirun menampakkan hasil bagi menindas dan menjatuhkan martabat agama Islam. Namun umat Islam di Malaysia masih ramai yang lena di ulit mimpi indah duniawi sehingga tidak menghiraukan langsung tentang agama Allah yang semakin terhimpit. Saya baru sahaja menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia di Putrajaya. Soalan yang saya tanyakan kepada pegawai disana ialah, " Benarkah di sijil kelahiran bayi tidak lagi dinyatakan status agama bagi bayi tersebut?" Jawapannya, "Benar. Bermula dari bulan Jun 2006. Ini adalah kerana bayi tersebut berhak menentukan agamanya sendiri apabila berusia 18 tahun." Terkejut, geram, sedih, marah... semuanya bersarang di dada saya sekarang ini. Apa nak jadi dengan Malaysia hari ini? Bukankah ini salah satu tuntutan dari memorandum yang dihantar oleh menteri-menteri kafirun kepada Perdana Menteri Hadhari dan juga salah satu tuntutan pihak Artikel 11? Ke mana hala tuju negara Islam Hadhari ini sebenarnya? Kita di larang membincangkan isu Artikel 11, murtad dan isu-isu sensitif atas dasar perpaduan dan keselamatan negara. Di sebaliknya pihak kerajaan menurut apa saja yang di minta oleh pihak kafirun. Berapa lama lagi kita harus membiarkan diri kita dan umat Islam terus di tipu? Masih belum sedarkah kita? Sampai bila? Cuba kita pejamkan mata dan kita fokuskan ingatan kita pada wajah-wajah anak-anak kita. Sanggupkah kita membayangkan anak kita datang bertemu kita suatu hari nanti dalam keadaan murtad? Nauzubillah. Sedarlah wahai umat Islam. Bangunlah. Paling tidak, bila tiba masa kita diberikan hak untuk mengundi memilih kerajaan... fikirkanlah semasak-masaknya. Janganlah hanya memandang kepada keindahan duniawi yang sementara ini. Janji dan omong kosong yang terbit dari mulut pemimpin yang langsung tidak mengambil berat dan melindungi agama Allah. Sedarlah semua.......... Wallahua'lam

0

Baju Cinta

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,
"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"..
"Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek. "Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya. "BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan. "Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.
Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.
Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang. Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu....
"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi. "Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.
"BAJU CINTA???.... .. Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!! nampak sangat kedutnyer... .."
akakakaka... ......... .........

Isnin, 14 Mei 2007

0

Wasiat Rasulullah S.A.W

ADAB UZ-ZIFAF
Ahmad telah menceritakan :“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :


1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :


1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam”


Saidina Ali r.a bertanya :“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”
Baginda menjawab :“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”
Saidina Ali r.a bertanya :“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan).”
Baginda menjawab :“Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”

2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”

3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”

4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”

5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu anak.”

6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”

7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”

8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”

9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”

10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat.”

11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”

12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”

13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”

14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”

15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”

16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”

17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”

18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta.”

19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”

20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”

21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”

22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”

23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”
ANJURAN BERJIMA’

24. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah : “Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.” Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.”

25. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada’ dan Qadar Allah).”

26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : ‘Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah’ dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba.”

27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.”

28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.”

29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah.”

30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.”

31. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),”

“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S.”…..1*
(1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.

azk

Sabtu, 5 Mei 2007

0

HIDUP HARMONI HANYA DI BAWAH NAUNGAN ISLAM

Sejak beberapa tahun yang lepas, hari-hari perayaan beberapa penganut agama di Malaysia telah jatuh pada tarikh yang sama atau hampir sama. Dari sinilah bermulanya idea 'kongsi raya' yang sebelum ini tidak pernah muncul atau diperbincangkan. Dan tahun ini, sekali lagi, dua perayaan masyarakat Malaysia jatuh pada waktu yang hampir sama. Umat Islam menyambut Hari Raya Eidul Fitri dan masyarakat Hindu pula menyambut Perayaan Deepavali. Dua tahun lepas, persoalan 'kongsi raya' ini telahpun dijelaskan kedudukannya oleh Jabatan Mufti Negeri Perak yang mengeluarkan fatwa bahawa hukum mencampuradukkan perayaan Islam dengan perayaan kafir adalah haram [ http://mufti. perak.gov. my/berita/ berita041022- 2.htm]. Para ulama yang menghadiri satu muzakarah di Ipoh meminta kerajaan mengkaji semula beberapa amalan seperti perayaan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006 Datuk Seri Harussani Zakaria berkata kajian semula itu perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik [Utusan 14/06/06]. Kenyataan Mufti Perak ini juga telah disiarkan di dalam akhbar The Star bertarikh 14 Jun 2006. Harussani juga meluahkan kebimbangannya tentang ancaman Pluralisme yang ada hubungkait dengan sambutan 'kongsi raya' ini.

Baru-baru ini timbul pula isu yang berkaitan dengan perkara yang sama. Sebuah e-mail bertarikh 3 Oktober 2006 telah dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Syariah, Syarikat Takaful Malaysia Berhad yang menyeru agar kakitangan Takaful tidak mengucapkan 'Selamat Hari Deepavali' kepada individu beragama Hindu. Di dalam e-mailnya, beliau menekankan implikasi ucapan tersebut terhadap akidah seorang Muslim dan keharaman melakukannya. E-mail ini, yang asalnya hanya ditujukan kepada kakitangan Syarikat Takaful, telah tersebar luas dan menimbulkan pelbagai reaksi dari masyarakat. Persatuan Hindu Sangam telah membuat laporan polis mengenainya dan menganggap e-mail ini sebagai satu hasutan. Dalam komennya terhadap isu yang sama, Datuk Seri Samy Vellu menganggap bahawa pandangan seperti ini adalah pandangan ekstremis yang bertujuan untuk menimbulkan kekacauan di negara ini [NST 15/10/06].

Ekoran dari ini, beberapa orang ulama' di Malaysia, termasuklah Datuk Seri Harussani telah membuat kenyataan bahawa mengucapkan selamat menyambut perayaan kepada seseorang individu bukan Islam diperbolehkan selama mana ucapan selamat tersebut tidak ditujukan kepada 'tuhan' individu tersebut [NST 15/10/06]. Perdana Menteri sendiri telah campurtangan dan menyatakan aktiviti kongsi raya yang diamalkan oleh rakyat negara ini tidak mencemar kesucian agama Islam.....ia juga tidak ada langsung membabitkan perlanggaran akidah umat Islam. Beliau berkata, memandangkan kedua-dua perayaan itu disambut dalam tempoh yang hampir antara satu sama lain maka bersama-samalah rakyat Malaysia merayakannya [Utusan 19/10/06].

Hukum Meraikan Perayaan Agama Lain

Sekiranya diteliti, kenyataan dan pandangan umum terhadap isu kongsi raya ini banyak disandarkan kepada aspek perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian antara golongan etnik berbeza agama di Malaysia. Sebelum perbincangan mengenai isu ini boleh diteruskan, realiti permasalahan ini perlu difahami terlebih dahulu. Perlu dijelaskan di sini bahawa bagi seorang Muslim, setiap perbuatan kita dipandu sepenuhnya oleh hukum syara' dan adalah haram bagi kita untuk menjadikan rujukan selain Islam (termasuk pendapat yang tidak disandarkan kepada nas) dalam menentukan hukum bagi sesuatu perbuatan itu. Oleh itu, dalam membincangkan persoalan di atas, hanya pandangan dari Islam sahajalah yang wajib dijadikan sebagai rujukan dalam menentukan sikap kita terhadap isu ini.

Apa yang wajib kita fahami adalah, walau apa jua hukum yang datang dari Islam, sekiranya ia merupakan hukum yang di istinbat (diperoleh) melalui kefahaman yang benar dari Al-Quran, Sunnah, Qiyas mahupun Ijma' Sahabat, maka ia pasti akan membawa kemaslahatan dan kesejahteraan kepada umat manusia. Dari itu, sekiranya suatu perbuatan itu 'diperbolehkan' atas alasan yang datang dari perspektif pemikiran manusia, tanpa disandarkan kepada nas, seperti pemahaman manusiawi terhadap konsep kemaslahatan, keharmonian dan kesejahteraan, maka ia tidak boleh diterima di dalam Islam. Keharmonian dan kesejahteraan yang hakiki hanyalah dapat diperolehi dengan melakukan sesuatu perbuatan yang selari dengan kehendak Islam, bukannya kehendak manusia.

Meraikan perayaan keagamaan kaum bukan Islam tidak kira samada perayaan tersebut disambut oleh golongan Nasrani, Yahudi atau golongan Musyrikin (seperti Hindu, Buddha, Sikh) adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam. 'Meraikan' di sini termasuklah mengucapkan selamat atau pun menghadiri majlis-majlis perayaan keagamaan mereka. Perbuatan ini termasuk sebagai mengiktiraf atau redha kepada agama mereka atau dengan kata lain, redha agar mereka kekal dalam agama mereka dan redha Allah disyirikkan (dijadikan gandingan) oleh mereka. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, "Sesungguhnya deen (yang diredhai) di sisi Allah adalah Islam" [TMQ Ali Imran (3):19] dan di dalam firmanNya yang lain, "Barangsiapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi" [TMQ Ali Imran (3):85].

Fahamilah wahai kaum Muslimin bahawa Allah tidak redha kepada mana-mana agama selain Islam. Rasulullah diutus dengan kalimah "La ilaha illallah" (tidak ada Tuhan selain Allah) yang membawa maksud "La ma'buda illallah" (tidak ada Tuhan yang boleh disembah melainkan Allah). Di dalam satu hadis, Rasulullah bersabda "Aku diperintah untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucap 'La ilaha illallah Muhammad Rasulullah.. .". [HR Bukhari dan Muslim]. Semenjak Muhammad di angkat oleh Allah menjadi Rasul, maka baginda tidak pernah berhenti mengajak manusia untuk menyembah Allah semata-mata tanpa mensyirikkanNya dengan suatu apa pun. Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam tidak pernah redha terhadap manusia yang menyembah selain Allah dan baginda berusaha berdakwah bersungguh-sungguh agar mereka hanya menyembah Allah yang Satu, walaupun Nabi terpaksa berhadapan dengan penentangan dan penyiksaan yang keras dari golongan musyrikun.

Perlu difahami dengan sejelas-jelasnya bahawa kita umat Islam tidak boleh redha kepada agama selain Islam, kerana Allah sendiri tidak meredhainya. Kita umat Islam tidak boleh redha melihat manusia mempercayai wujudnya tuhan lain (dan menyembah) selain Allah. Allah adalah Tuhan kita, Tuhan bagi semua manusia (termasuk orang-orang kafir) dan Tuhan sekelian alam. Di dalam hal ini, apa yang tidak boleh kita lakukan ialah memaksa mereka untuk memeluk Islam. Tidak boleh memaksa mereka memeluk Islam tidak bermakna kita boleh redha kepada agama mereka atau kita bermusuhan dengan mereka (kecuali kafir yang memerangi Islam). Ia juga tidak bermakna kita melarang mereka merayakan hari agama mereka. Apa yang haram kepada kita adalah memaksa mereka masuk Islam, sebaliknya apa yang wajib kepada kita adalah berdakwah kepada mereka agar masuk Islam. Inilah yang ditunjukkan oleh Rasulullah kepada kita. Kita meyakini bahawa aqidah kita (Islam) adalah satu-satunya aqidah yang benar. Maka kita wajib menerangkan kepada mereka tentang aqidah yang benar ini dan menjelaskan kepada mereka kesalahan aqidah mereka.

Wahai kaum Muslimin! Kita haruslah membezakan sambutan keagamaan dan sambutan yang bukan berlandaskan agama. Sambutan Deepavali berbeza dengan sambutan Hari Kemerdekaan atau Tahun Baru. Deepavali adalah 'sambutan agama'. Jika kita kaji sejarah disebalik perayaan ini, kita akan dapati bahawa Deepavali (atau Diwali) di sambut kerana memperingati peristiwa Dewa (Tuhan) Krishna yang telah membunuh syaitan ( demon) bernama Narakasura. Diriwayatkan bahawa Narakasura adalah pemerintah sebuah negeri yang bernama Pradyoshapuram. Di bawah pemerintahannya, rakyat menderita pelbagai kesusahan. Dia menzalimi rakyatnya dan menculik wanita-wanita dan memenjarakan mereka di istananya. Melihat kejahatannya, maka Dewa (Tuhan) Krishna lalu turun memusnahkannya dan hari pembunuhan/kematian Narakasura ini diraikan sebagai Deepavali, sebagai kemenangan sebuah kebaikan mengatasi kejahatan. Ada juga beberapa riwayat lain tentang asal-usul perayaan Deepavali. Ada yang berpendapat ia diraikan sempena perkahwinan Lakshmi dengan Dewa (Tuhan) Vishnu. Ada juga yang menyatakan hari restu di mana Dewa (Tuhan) Rama kembali ke Ayodhya setelah mengalahkan Ravana dan terdapat beberapa kisah lain lagi. [ http://www.abcmalay sia.com/tour_ malaysia/ deepavali. htm]. Inilah kepercayaan penganut Hindu terhadap Deepavali.

Wahai kaum Muslimin, cubalah fikirkan dengan sejernih-jernihnya tentang mengucap selamat atau menghadiri majlis Deepavali. Bukankah ucapan Selamat Menyambut Deepavali bermakna, "Selamat meraikan hari di mana Dewa (Tuhan) Krishna berjaya membunuh syaitan Narakasura" atau "Selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan Lakshmi dengan Dewa (Tuhan) Vishnu"!!! Apakah ini tidak terkait dengan persoalan aqidah? Walaupun kita hanya mengeluarkan ucapan 'selamat' kepada 'individu' yang beragama Hindu, tetapi terfikirkah kita tentang maksudnya dan kepada 'siapakah' ucapan itu pergi? Pernahkan Rasulullah mengucapkan selamat untuk Latta dan Uzza atau kepada penyembah-penyembah nya. Pernahkah Rasulullah mengiktiraf agama penyembah Latta dan Uzza dan meraikan perayaan mereka? Adakah Rasullullah berdiam diri (apatah lagi membenarkan) penyembah-penyembah berhala yang mensyirikkan Allah? Pernahkah Rasulullah berkompromi dengan mana-mana kaum Musyrikin dalam masalah aqidah?

Pernah Abdullah bin Salam dan beberapa sahabat yang lain meminta kepada Rasulullah agar mengizinkan mereka meraikan atau mengagungkan hari kebesaran orang Yahudi (Hari Sabtu) di samping membenci daging dan susu unta. Setelah Rasulullah mendengar permintaan tersebut, maka Rasulullah terus menegur dan memberi peringatan kepada mereka akan keharaman menyertai perayaan seperti itu. Larangan ini dinyatakan dengan jelas oleh junjungan besar kita Muhammad Sallallahu 'alaihi wa Sallam dengan sabdanya, "Barangsiapa di kalangan kaum Muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan orang kafir, maka dia itu adalah di kalangan mereka (orang-orang kafir)" [HR Abu Daud, Al-Baihaqi, Ibn Majah dan Ad-Daruquthni]

Huraian di atas menjelaskan kepada kita sikap yang sewajarnya ada pada setiap Muslim dalam menangani isu menyambut perayaan keagamaan kaum kuffar. Ada pendapat yang menyatakan kita harus menerima perbezaan pendapat di dalam amalan kongsi raya ini dan semua pendapat perlu dihormati. Pendapat ini sebenarnya muncul berdasarkan 'kompromi' semata-mata untuk menjaga sensitiviti umat Islam dan penganut agama lain. Pendapat sebegini adalah keliru kerana perkara yang dibincangkan di sini adalah melibatkan aqidah, bukan masalah furu' (cabang). Dan (bagi masalah aqidah) jawapan yang ringkas adalah, mesti 'satu benar dan satu salah'. Tambahan lagi, hukum yang diperbincangkan di sini adalah halal dan haram, bukannya sunat dan makruh. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, "Yang halal itu jelas dan yang haram itu pun jelas dan antara kedua-dua itu ada perkara yang syubhat (samar), maka barangsiapa yang telah menjauhi perkara syubhat tersebut bererti dia telah menjaga agamanya" [HR Bukhari] .

Maka oleh itu, janganlah kita mencampur adukkan yang haq dan batil semata-mata kerana tujuan maslahat, yang diukur berdasarkan aqal kita atau aqal manusia lain. Maslahat hanyalah apa yang dikatakan sebagai maslahat oleh Allah. Dengan kata lain, kemaslahatan ini bukanlah ditentukan oleh manusia sebaliknya ia ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai Zat yang Maha Mengetahui yang manakah maslahat untuk hamba-hambaNya. Contohnya, walaupun manusia membenci peperangan kerana (pada pendapat manusia) ia tidak akan mendatangkan maslahat sedikitpun, tetapi ini adalah hukum Allah ke atas umat Islam. Allah-lah satu-satunya Zat Yang Maha Menentukan apakah maksud maslahat dan tugas manusia hanyalah mematuhi perintahNya. Insya Allah, kemaslahatan yang hakiki akan dicapai apabila perintah Allah dipatuhi.

Ukuran Sejahtera Dan Harmoni

Kembali kepada persoalan 'kesejahteraan dan keharmonian' . Ada yang menganggap bahawa hukum Islam ke atas isu ini langsung tidak membantu dalam mengekalkan 'kesejahteraan dan keharmonian' antara kaum di Malaysia dan tidak wajar diberi perhatian. Malah tidak kurang juga yang menganggap bahawa hukum Islam ke atas isu ini boleh merosakkan 'kesejahteraan dan keharmonian' sedia ada. Bagi menangani persoalan ini, beberapa perkara yang harus diperhatikan:

Pertama: Keharaman menyambut perayaan orang kafir adalah suatu yang jelas. Sama jelasnya dengan keharaman arak, makan babi, riba dan murtad. Bagi seorang Muslim yang benar-benar mahu menjaga agamanya dan yang takut kepada balasan Allah ke atasnya, keharaman-keharaman ini tidak boleh dikompromi untuk maslahat apa sekalipun. Dan ini merupakan suatu yang seharusnya difahami oleh penganut agama lain. 'Keharmonian dan kesejahteraan' hanya akan dapat dikecapi sekiranya umat Islam memahami isu ini dan menjelaskannya kepada penganut agama lain agar menghormati hukum Islam mengenainya . Sebagai contoh, golongan bukan Islam memahami bahawa babi adalah haram ke atas orang Islam dan mereka menghormati hukum Islam dalam hal ini dan tidak pernah timbul soal ketidakharmonian. Begitu juga isu murtad yang sepatutnya tidak akan menjadi suatu 'isu' pun sekiranya masyarakat bukan Islam memahami dan menghormati hukum Islam mengenai isu tersebut dan tidak mempertikaikannya.

Kesejahteraan dan keharmonian juga akan terealisasi sekiranya kaum bukan Islam memahami dan menghormati hakikat bahawa kaum Muslimin tidak boleh menyertai atau mengucap selamat bagi perayaan keagamaan mereka. Hal ini tidak bermakna kita ingin bermusuh dengan mereka atau ingin mewujudkan keadaan yang hura-hara. Keadaan ini sama sebagaimana mereka harus memahami dan menghormati hukum Islam bahawa kita tidak boleh berkahwin dengan mereka (kecuali ahli kitab). Apakah dengan ini Islam dikatakan ekstremis? Ini bukan soal ekstremis atau ingin memecahkan perpaduan. Ini adalah perintah Allah. Apa yang menjadi pegangan kita adalah perintah dan larangan Allah atau halal dan haram. Kita sebagai umat Islam wajib menjelaskan kepada orang kafir bahawa segala hukum Allah mestilah dihormati oleh mereka dan tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun dan atas alasan apa sekalipun!!!

Kedua: Apakah 'perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan' hanya akan dapat dicapai dengan meraikan perayaan keagamaan kaum kafir? Dan apakah benar bahawa jika tidak mengucap selamat dan menyertai perayaan tersebut ini akan memecahbelahkan 'kesatuan dan keharmonian' yang wujud? Apakah dengan tidak menyambut perayaan keagamaan kaum bukan Islam, bermakna umat Islam menolak 'keharmonian dan kesejahteraan' hidup berbilang bangsa dan agama? Adakah belasan atau puluhan tahun yang lepas kita hidup dalam kacau bilau kerana tidak pernah berkongsi raya? Bukankah banyak lagi interaksi yang tidak berkaitan dengan perayaan agama boleh dijadikan asas kepada kehidupan penuh 'keharmonian dan kesejahteraan' ? Inilah hasilnya apabila hukum aqal dijadikan panduan, bukannya hukum Allah. Manusia terkeliru dan tersalah di dalam menafsirkan perpaduan dan keharmonian.

Ketiga: Kemaslahatan, yang termasuk di dalamnya perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan antara kaum, dalam bentuk yang hakiki, hanya akan dapat direalisasi sekiranya hukum Allah diterapkan sepenuhnya. Dan dalam aspek ini, hubungan antara kaum Muslimin dan kaum kafir telah digariskan secara menyeluruh dalam Islam. Semua hukum-hakam ini termasuk di dalam hukum bersangkutan dengan Ahlul Zhimmah.

Pemahaman terhadap perkara pertama dan kedua yang telah dibincangkan di atas akan memberikan kepada kita gambaran yang jelas mengenai kekeliruan yang wujud di sekitar hukum kongsi raya dan isu 'kesejahteraan dan keharmonian' . Ia juga memberikan gambaran tindakan yang seharusnya di ambil agar penyelesaian 'jangka pendek' terhadap isu ini dapat diperolehi supaya masalah ini tidak lagi berulang di masa-masa akan datang. Perkara ketiga, yang merupakan perkara yang wajib kita ambil sepenuhnya, adalah penyelesaian hakiki terhadap masalah ini melalui penerapan hukum Ahlul Zhimmah secara menyeluruh yang pasti akan membawa kesejahteraan yang sebenar-benarnya.

Hukum Mengenai Ahlul Zhimmah

Daulah Khilafah Islamiyyah secara berkesinambungan telah memerintah selama lebih 1300 tahun dan wilayah kekuasaannya meliputi hampir dua pertiga dunia. Dalam perjalanannya yang cukup lama ini, Islam telah diterima oleh pelbagai kaum dan keadilannya telah dikecapi oleh pelbagai bangsa di dunia ini. Rahsia kejayaan Islam dalam mengembangkan sayapnya ini terletak pada aqidahnya yang benar dan bertepatan dengan fitrah manusia. Kemurnian aqidah Islam mudah diterima oleh pelbagai bangsa. Setelah menganut Islam, mereka bukan setakat meyakini, malah menjadi pengembang aqidah dan Deen ini. Bagi yang kekal dalam kekafiran, mereka membayar jizyah, sebagai ketundukan mereka kepada Daulah Islam dan mereka mengecapi keadilan Islam sebagai warganegara Daulah. Mereka ini digelar sebagai Ahlul Zhimmah atau kadangkala disebut sebagai kafir zhimmi . Asal katanya adalah azh-zhimmah yang bererti al-'ahd atau perjanjian. Islam telah banyak menjelaskan tentang hukum Ahlul Zhimmah. Bahkan ada ulama yang menulis kitab khusus mengenai hukum-hukum Islam yang berkaitan dengan Ahlul Zhimmah. Misalnya Ibn Qayyim al-Jawziyah yang menulis kitab Ahkam Ahlul Zhimmah. Hukum-hukum yang bersangkutan dengan Ahlul Zhimmah merupakan suatu subjek yang luas. Namun di sini kami ketengahkan beberapa hukum utama mengenainya:

(a) Ahlul Zhimmah tidak boleh dipaksa masuk Islam. Rasulullah pernah menulis surat untuk penduduk Yemen, "Siapa sahaja yang beragama Yahudi atau Nasrani, dia tidak boleh dipaksa meninggalkannya dan wajib atasnya jizyah" [HR Abu Ubaid]. Hukum ini berlaku untuk golongan kafir secara umumnya, termasuk yang beragama Hindu, Buddha mahupun Majusi. Mereka bebas menganut aqidah mereka dan menjalankan ibadah menurut keyakinan mereka.

(b) Ahlul Zhimmah wajib membayar jizyah kepada Daulah. Jizyah dipungut dari Ahlul Zhimmah lelaki, baligh dan mampu; Abu Ubaid radhiAllahu 'anhu meriwayatkan bahawa Khalifah Umar al-Khattab pernah mengirim surat kepada Amir al-Ajnad bahawa jizyah tidak diwajibkan ke atas perempuan, anak-anak dan mereka yang belum baligh. Bagi yang tidak mampu kerana cacat atau tua, Baitul Mal akan membantu pembayaran jizyah mereka. Pada saat pembayaran jizyah, Negara wajib melakukannya secara baik dan tidak boleh disertai penyiksaan atau kekerasan.

(c) Dibolehkan bagi kaum Muslimin memakan sembelihan dan bagi seorang Muslim untuk menikahi wanita Ahlul Zhimmah jika mereka adalah ahlul-kitab iaitu orang-orang Yahudi dan Nasrani. Ini adalah berdasarkan firman Allah, "Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan al-Kitab halal bagimu dan makanan (sembelihan) kamu halal bagi mereka. Demikian pula wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan dari orang-orang yang diberi al-Kitab sebelum kamu" [TMQ al-Maidah(5) :5]. Namun begitu, jika Ahlul Zhimmah bukannya ahlul kitab, maka sembelihan dan wanita mereka adalah haram bagi seorang Muslim. Sebagai tambahan, adalah haram bagi seorang Muslimah untuk menikahi seorang lelaki ahlul kitab.

(d) Boleh dilakukan muamalah antara kaum Muslimin dengan Ahlul Zhimmah dalam berbagai bentuknya. Ini termasuklah jual beli, sewa menyewa, persyarikatan, pajak gadai dan sebagainya. Rasulullah pernah melakukan muamalah dengan kaum Yahudi di Khaibar di mana kaum Yahudi itu mendapatkan separuh dari hasil kurmanya. Cuma yang perlu diperhatikan di sini adalah bahawa setiap jenis muamalah ini mestilah menurut hukum Islam, bukannya hukum kufur.

(e) Ahlul Zhimmah adalah rakyat Daulah Islamiyyah. Mereka mendapatkan hak sebagaimana rakyat lainnya yang Muslim. Mereka mendapat hak perlindungan, pendidikan, keamanan, kesihatan dan diperlakukan secara baik dalam segala bentuk muamalah. Dilarang menyakiti Ahlu Zhimmah. Kedudukan mereka sama di hadapan penguasa dan hakim. Tidak boleh wujud sebarang perbezaan apa pun antara mereka dengan rakyat yang Muslim, kecuali dalam hal yang telah dijelaskan syara'. Negara Islam wajib berlaku adil kepada mereka sepertimana ia berlaku adil kepada rakyatnya yang Muslim.

Wahai kaum Muslimin! Hukum-hakam ini telah direalisasikan selama 13 abad dan selama itu, kesejahteraan dan keharmonian hakiki telah dikecapi oleh kaum Muslimin dan kafir zhimmi. Pelbagai peristiwa di dalam sejarah telah membuktikan hakikat ini. Ketika kaum Salibiyyin Nasrani ingin menghancurkan kaum Muslimin, mereka mengharapkan dua perkara yang membantu mereka. Salah satu darinya adalah harapan bahawa golongan Nasrani yang tinggal di dalam Daulah akan membantu mereka menghancurkan kaum Muslimin. Namun apa yang berlaku adalah amat memeranjatkan mereka. Golongan Nasrani (yang ada di dalam Daulah) telah bersama-sama dengan kaum Muslimin menentang kaum Salibiyyin. Bagi golongan Nasrani ini, mereka menganggap bahawa Daulah ini adalah tanah tumpah darah mereka, mereka hidup bersama-sama kaum Muslimin dengan kesejahteraan dan keadilan Islam. Mereka yakin hanya Islam sahajalah yang dapat menjamin hak-hak mereka dan mereka benar-benar hidup harmoni bersama kaum Muslimin di bawah naungan Islam. Dalam konteks ini, al-Qurafi menyebut:

'Adalah wajib bagi kaum Muslimin untuk melayan golongan zhimmi dengan kelembutan, membantu golongan fakir antara mereka, memberi makan bagi yang lapar antara mereka, memberi pakaian bagi yang tidak berpakaian antara mereka dan menyeru mereka dengan kata-kata yang baik. Kaum Muslimin juga harus sama-sama menanggung penderitaan jiran ahlul zhimmah mereka, meskipun sekiranya penderitaan itu berjaya diatasi; ini adalah sebahagian dari sifat pengasih yang perlu ada, bukan kerana mengagungkan mereka. Kaum Muslimin juga haruslah memberikan nasihat yang baik dalam setiap urusan kepada mereka, menghalang sesiapapun yang cuba mencederakan mereka serta menjaga harta benda, keluarga dan kemuliaan mereka. Pertahankan juga segala hak mereka dan layanilah mereka dengan penuh kemuliaan dan akhlak yang mulia ' [Daulah Islamiyyah, Taqiyuddin An-Nabhani].

Wahai kaum Muslimin! Inilah layanan yang dijanjikan Daulah Islam kepada golongan kafir zhimmi. Banyak lagi catatan-catatan sejarah yang membuktikan kemaslahatan hakiki yang dinikmati oleh orang kafir yang hidup di dalam Daulah Khilafah, termasuklah yang ditulis oleh orang kafir itu sendiri, terutamanya para orientalis. Penerapan kaffah Islam oleh Rasulullah dan para Khalifah sesudahnya benar-benar telah membawa rahmat, keharmonian dan kesejahteraan kepada umat manusia sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Inilah rahmat yang datang dari Zat Yang Mencipta manusia, alam dan kehidupan. Pencipta yang sepatutnya dan sewajibnya disembah oleh semua manusia. Barangsiapa yang menyekutukanNya, maka nerakalah tempat kembali yang paling sesuai untuknya. Rahmat yang telah hilang sejak runtuhnya Daulah Khilafah ini Insya Allah, akan kembali diturunkan olehNya, apabila Khilafah memerintah dunia sekali lagi dan menerapkan segala hukum-hakamNya. Di ketika dan saat itu, manusia akan berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah dan meninggalkan segala kekufuran. Semoga Allah menyegerakan kembalinya hari tersebut kepada kita. Amin ya Rabbal 'alamin.


AlatPenjimatan.Com