Join ViralMoneyList.com

Selasa, 10 November 2009

0

Cara hadapi FITNAH

Saya bukanlah orang yang benar-benar berpengalaman atau cerdik pandai seperti para sahabat r.a. Tetapi saya nak berkongsi pengalaman bagaimana menghadapi fitnah. Fitnah adalah suatu tuduhan palsu. Ianya tak benar. Kadang-kadang menyakitkan hati, kadang-kadang membangkitkan rasa marah membuak-buak, rasanya kalau jumpa sumber fitnah tu, nak aje kita luku kepala dia sampai lumat. Dan macam-macam reaksi orang terhadap fitnah sebab Allah SWT menganugerahkan kita suatu kurnia yang disebut gharizatul baqa' (survival instinct). Dengannya kita mempertahankan status diri, jika kita benar mengapa perlu dibiarkan kepalsuan, jika kita tinggi mengapa biar kita dijatuhkan, jika kita mulia mengapa biar kita dihina.. demikianlah peranan gharizatul baqa', suatu potensi hidup (thaqatul hayawiyah) yang Allah ta'ala anugerahkan kepada setiap manusia.

Bila difikir-fikirkan, rupa-rupanya ada beberapa teknik menghadapi fitnah. Boleh jadi ia berkesan, boleh jadi ia menjadi semakin menyeksakan. Antaranya,

  • Masuk kandang bersalah (defensif); teknik ini sering kali digunakan oleh pihak yang suka memanjangkan kes. Misalnya dulu ketua turus angkatan tentera Thailand pernah menuduh Malaysia sebagai sarang pengganas, melatih mereka di gelanggang latihan di Kelantan (kalau tak silap). Ketika itu Najib memegang portfolio menteri pertahanan, dalam reaksinya kepada fitnah tersebut dia menjawab, "BUKTIKAN!" Hahaha.. dengan kenyataan tersebut secara tak langsung Malaysia masuk kandang bersalah dan minta dibicarakan. Dan dengan teknik ini, kadang-kadang yang tak bersalah boleh dijatuhi bersalah. Prosesnya semakin rumit dan rumit. Teknik ini popular dikalangan pemikir dangkal!

  • Serang balas; teknik ini agak aggresif. Pihak yang difitnah benar-benar tak redha dan mengambil pendirian untuk tidak berdiam diri. Teknik serangan boleh jadi termasuk teknik defensif (seperti diatas) atau teknik offensif. Boleh pula offensif berlaku dalam dua keadaan; serangan fizikal seperti ambil kayu ketuk kepala tukang fitnah dan seumpamanya atau serangan secara psikologi seperti mengeluarkan kenyataan berbentuk offensif. Ada satu kisah dahulu dimana Rasulullah SAW dituduh sebagai penulis ayat-ayat suci Al-Quran yang dibantu oleh seorang nasrani bernama Jabr. Kemudian turun ayat untuk menyerang tuduhan tersebut,

"(Dan) sesungguhnya Kami mengetahui mereka berkata: Bahawasanya Al-Quran itu diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad). Padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahawa) Muhammad belajar kepadanya (adalah) bahasa 'ajami (non-Arab), sedangkan Al-Quran itu dalam bahasa arab yang jelas [TMQ An-Nahl (16):103]

Nyata fitnah itu disanggah sepenuhnya, dan Muhammad SAW berjaya. Namun terdapat juga teknik menyerang fitnah dengan menggunakan fitnah juga. Teknik ini sangat terlarang dalam Islam. Teknik ini banyak sekali digunapakai oleh politikus sekarang. Maklumlah, nak menang. Apa saja boleh, asal menang. Kekadang sedih betul kita lihat situasi kotor dan hina yang berlaku dikalangan kaum muslimin. Fitnah berhambur kesana kemari tanpa ada keinsafan diri. Yang penting matlamat diri, bukan tujuan hidup dijadikan oleh Yang Maha Esa.

  • Buat 'derk' je (buat dono); teknik ini agak susah untuk diapply, hanya orang yang hatinya keras macam batu saje yang berjaya gunakannya. Lagipun boleh jadi ia tidak syarie sekiranya fitnah berlaku diantara kaum muslimin. Jika orang-orang kafir yang mencetuskan fitnah terhadap Islam dan kaum muslimin, maka teknik ini boleh digunakan sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan sepertimana keadaan Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. dizaman awal dakwah (di Mekkah). Namun sekiranya telah ada kekuatan (tentera) seperti era kebangkitan Khilafah pasca hijrah Rasulullah SAW ke Madinah, maka wajar orang-orang kafir diperangi sehingga tidak wujud fitnah terhadap Islam. Manakala jika ia melibatkan fitnah antara kaum muslimin, maka perlu ada pihak yang membetulkan keadaan sehingga fitnah itu padam. Ini adalah sebab kaum muslimin saling memuhasabah sesama sendiri dalam konteks amar maaruf, nahiy mungkar dan sikap saling berkasih sayang. Kita diharamkan menanam sikap assobiyyah dalam diri kita;

"Saya bertanya kepada Rasulullah, apakah yang dikatakan assobiyyah? Jawabnya, bahawa engkau menolong kaummu dalam kezaliman" [HR Abu Daud dari Watsilah bin Asqa]

Maksudnya, kalau kita nampak saudara (seIslam) kita buat salah (zalim) maka wajib kita hentikannya. Kalau buat dono, nanti terkena dosa bersyubahat, na'uzubillahi min zaalik.

Kesimpulannya, seperti awal email ini, saya katakan mungkin ada beberapa teknik lain yang tak dapat saya jangkau. Namun bagi saya, saya lebih menggemari teknik kedua, offensif secara ilmiah. Saya tak menggemari teknik defensif atau ultra defensif. Bagi saya, saya bukan pengutip sampah (recycler) tetapi saya suka membanteras orang yang buat kotor dengan sampah. Bagaimana dengan anda?

Follow me today

0

iblis ditanya Nabi

Telah diceritakan bahawa Allah S.w.t. telah memerintahkan iblis untuk
bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W. agar menjawab segala pertanyaan
yang baginda kemukakan.

Iblis pun datang dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih
sedang di tangannya memegang tongkat.

Bertanya Baginda Rasulullah S.A.W. *Siapakah kamu? Iblis menjawab.
`Aku adalah iblis.

*Apakah maksud kamu datang berjumpa aku?

`Allah memerintahkan aku datang bertemu dengan kamu dan menjawab apa
jua soalan daripada kamu.

*Hai,iblis,berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku?

Lima belas iaitu;

1.Engkau sendiri wahai Muhammad.
2.Imam dan pemimpin yang adil.
3.Orang kaya yang merendah diri.
4.Pedagang yang jujur dan amanah.
5.Orang alim yang mengerjakan solat dengan kusyuk.
6.Orang mukmin yang memberi nasihat.
7.Orang mukmin yang berkasih sayang.
8.Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9.Orang yang menjauhkan diri dari dari segala yang haram.
10.Orang mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11.Orang mukmin yang bersedekah dan menderma.
12.Orang mukmin yang baik budi akhlaknya.
13.Orang mukmin yang bermanafaat kepada orang.
14.Orang yang hafal Al-Quran serta selalu,menbacanya.
15.Orang yang berdiri mengerjakan solat diwaktu malam sedang orang lain tidur.

Baginda Rasulullah S.A.W. bertanya lagi, *Berapa banyakkah temanmu dari umatku?

Sepuluh iaitu;

1.Hakim yang tidak adil.
2.Orang kaya yang sombong.
3.Pedagang yang khianat.
4.Orang pemabuk/peminum arak.
5.Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6.Pemilik harta anak yatim.
7.Pemakan Harta anak yatim.
8.Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9.Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10.Orang yang selalu berangan-angan dan berkhayal.


Dipetik dari buku: 75 koleksi kisah benar dalam hidup Nabi-Nabi, para
Sahabat dan
Tokoh-Tokoh Islam. (Jasmin Enterprise).

Selasa, 3 November 2009

0

Racun Kepada Umat

Rasa saya, sejak dilahirkan kita telah didedah dan dipupuk dengan beberapa doktrin pemikiran yang memiliki daya tertentu melangsungkan kehidupan. Dari kecil orang melayu diasuh dengan budaya hormat menghormati, sopan santun, lemah lembut dan sebagainya.

Inilah sebahagian dari contoh-contoh doktrin yang wujud sekitar kita daru dulu, kini dan entah sampai bila. Kini, kita masih mendukung doktrin yang sama; diterap dan dipraktik dalam setiap aspek kehidupan, baik sesama melayu, muslim bahkan selainnya. Tak hairanlah kalau kita sering bertemu dengan pertembungan yang bertentangan praktik antara dua doktrin; Melayu dan Islam.

Sebagai contoh, baru-baru ini fenomena rumah terbuka dan kongsiraya. Betapa kita boleh saksikan orang melayu semakin 'sporting' menyambut perayaan Islam bersama orang-orang kafir, ironiknya jika tidak demikian seolah-olah Aidilfitri tak meriah.
Alasannya, kemeriahan itulah yang jadi motif ('illat) pergaulan dan toleransi biarpun Islam hakikatnya melarangnya. Rasulullah SAW dan para sahabat r.a tak pernah berdepan dengan fenomena tersebut kerana berpegang teguh dengan perintah Allah, "bagimu deen kamu, bagiku deen ku". Begitulah contoh doktrin orang melayu yang semakin sopan menolak ketetapan syarie dengan 'illat-'illat yang direka-reka dengan hawa nafsu.

Semua ini sebenarnya adalah strategi halus kufur terutama barat meracuni pemikiran kita.Salah satu agenda mereka adalah menjaja idea nilai sejagat (universal value). Saya terjumpa beberapa tafsiran mengenainya,

"Sesuatu perkara adalah salah satu daripada nilai sejagat sekiranya ia memiliki nilai atau bernilai untuk semua atau hampir kesemua manusia. Pada kenyataan ini ada dua perbezaan yang penting. Pertama, nilai yang setiap orang dapati ianya berharga (valuable) seperti kenyataan Isaiah Berlin, seorang filosof dan sejarawan Eropah, "..nilai sejagat.. adalah nilai-nilai yang majoriti manusia di majoriti tempat serta keadaan, pada hampir setiap masa, memiliki kesamaan, baik secara sedar atau eksplisit atau terpancar melalui tabie.." [Jahanbegloo 1991, p37]. Kedua, sesuatu termasuk nilai sejagat apabila semua orang memiliki alasan untuk mempercayai nilainya. Amartya Kumar Sen, seorang tokoh nobel ekonomi berbangsa

India menyanggah kenyataan Mahatma Gandhi "non-violence is universal value" dengan mengatakan setiap orang memiliki alasan terhadap 'non-violence', bukan semua orang menilai 'non-violence'. Beberapa contoh nilai sejagat seperti kebahagiaan dan demokrasi."

Ringkasnya, nilai sejagat ditentukan oleh majoriti persepsi manusia. Lebih tepat lagi, manusialah yang menentukan suatu nilai, padahal Islam hanya mengiktiraf nilai yang dinyatakan oleh syarak. Misalnya, bunuh. Menurut manusia pembunuhan adalah suatu yang tidak baik, seeloknya dielak seboleh mungkin baik dalam soal zina,
murtad mahupun selainnya. Tetapi Islam menetapkan bahawa membunuh tanpa hak adalah suatu dosa (tidak baik) yang perlu dibalas (qisas) manakala membunuh dengan hak pula adalah suatu yang terpuji (hasan) seperti merejam penzina muhsan atau memancung kepala orang-orang murtad. Dalam hal ini Allah SWT
berfirman,

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. [TMQ Al-Baqarah (2):216]

Predikat terakhir itu sangat berharga untuk kita menolak perasaan kita dalam menilai sesuatu, termasuk menolak persepsi orang lain; apakah dapat diterima atau ditolak idea atau tindakan kita. Yang penting, kita dengar (faham) perintah dan larangan Allah, kita laksanakan saja. Namun sebaliknya, jika kita memenangkan perasaan
kita atau orang lain, maknanya kita menolak ketentuan Ilahi Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Wajarkah demikian? Tepuk dada, tanya iman.

Boleh saya simpulkan disini bahawa nilai sejagat bermaksud meneutralkan persepsi kita terhadap sesuatu biarpun sesuatu itu termasuk akidah mahupun ibadah kita. Nilai sejagat juga meleburkan pegangan kukuh kita terhadap Iman dan Islam dengan menjadikan alasan-alasan tertentu sebagai motif. Bukan itu sahaja, bahkan
muncul suatu bentuk ancaman seperti gelaran 'ekstreme', ganas, liar, intolerate dan seumpamanya jika kita tidak menuruti arus nilai sejagat. Nah, sekarang cuba kita perhatikan dengan mata Islam. Apakah nilai sejagat sesuai diterima pakai? Penting dan perlukah kita menangkan (pleasure) hati orang-orang kafir dari memenuhi tuntutan Ilahi? Sekali lagi, tepuk dada, tanya iman. Layari

follow me today