Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi
suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah.
Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita
keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .
Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada
suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati
suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya
bersama-sama.
Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:
1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak
melanggar perintah Allah.
2.Bersikap malu terhadap suami.
3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah
ia selesai berbicara.
4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan
suami.
9.Sentiasa menghormati keluarga suami .
10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
0 komentar:
Catat Ulasan