Join ViralMoneyList.com

Selasa, 7 Oktober 2008

Hari Raya & Seribu Macam Kekalutan?

Kenapa bila tiba hari raya je, mesti sibuk kita nak minta maaf? Sampaikan dengan orang yang kita tidak kenal pun kita kena “minta maaf zahir & batin”?


Kenapa hari raya ini sampai dikhususkan dengan perbuatan bermaaf-maafan. Kenapa tidak di hari atau bulan yang lain? Di waktu yang lain?


Sampai ada yang berkata, “Kalau aku buat salah dengan dia pun, alaa... nanti hari raya, aku datang rumah dia minta maaflah.”

Waah! Mana dalilnya?


Sepatutnya, bukankah kalau kita ada melakukan kesilapan je terhadap seseorang, maka kita dituntut agar menyegerakan memohon maaf! Kenapa perlu tunggu hari raya?

Peliknya “orang kita” ni...


Yang keduanya, kenapa ketika tiba 1 syawal je, berebut-rebut orang pergi menziarahi kuburan? Nak tahu juga saya di mana dalilnya yang “men-sunnahkan” amalan tersebut tsabit dari seruan Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wa Sallam...


Kenapa tidak hari lain? Kenapa juga mesti kuburan yang dilawat itu adalah kuburan ahli keluarga kita? Ada atau tidak dalilnya? Kenapa mesti ketika di hari raya? Suatu yang sunnah ke untuk berhari raya di kuburan?


Lagi, lagi, lagi... kenapa bila datang kuburan je mesti kita bacakan al-Qur’an atau ber-Yasinan atau bertahlilan? Mana dalilnya ya...


Aku berfikir, macam manalah, orang-orang yang mati karam di lautan dan hilang di rimba tanpa ditemui mayatnya? Kasihannya mereka tidak mendapat bacaan al-Qur’an di kuburannya setiap pagi raya. Tiada orang yang mentahlilkannya.

Apakata kita lihat semula apa Nabi kata,

“Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata: Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Janganlah kamu jadikan kuburku tempat berhari raya”.” (Hadis Riwayat Ahmad & Abu Daud) Maka, dua perkara inilah yang merupakan sebahagian dari kepelbagaian kekeliruan yang sering berlaku di dalam masyarakat kita.


Ini termasuklah kekalutan demi kekarutan yang lainnya seperti amalan marhaban, bara’an (popular di kalangan orang-orang jawa di Selangor & Johor), amalan melakukan rombongan bertakbir dari rumah ke rumah di ketika malam raya, amalan memberikan duit raya, amalan memasang lampu raya dengan niat meraikan malam tujuh likur serta mencahayakan kehadiran syawal, dan juga amalan bernyanyian malah sehingga ada lagu-lagu khusus sempena hari raya. Bukan setakat lagu, ditambah juga dengan aktiviti berjogetan dan maksiat di antara kaum wanita dengan lelaki melalui acara tayangan filem, pesta tarian, lakonan, dan seumpamanya.


Berkenaan amalan-amalan ini sebenarnya ada sebahagiannya menyentuh persoalan aqidah yang menceduk amalan kaum Syi'ah dan sufi yang sesat (merujuk kepada kandungan marhaban/berzanji yang dibacakan), menyerupai amalan masyarakat Hindu dalam perayaan Deepavali-nya yang meraikannya dengan "Pesta Cahaya" iaitu dengan memasang lampu-lampu pelita malah mungkin termasuk kepada mengangungkan api daripada iktiqad kaum Majusi, manakala amalan duit raya pula kini seakan-akan menjadi suatu kewajiban yang mana niat kanak-kanak berkunjung ke setiap rumah sudah terarah untuk mengumpul sebanyak mungkin duit raya.


Ini tidak lain sebenarnya telah melalaikan dari maksud dan tujuan sebenarnya kita berhari raya yang mana untuk membesarkan dan mengangungkan Allah.

“Hendaklah kamu menyempurnakan bilangannya (puasa Ramadhan) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) di atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, mudah-mudahan kamu mahu bersyukur”. (Surah al-Baqarah, 2: 185)


Tetapi diakibatkan kecelaruan, tokok-tambah, dan kejahilan tersebut, maka ia lantas menjadikan suasana hari raya berubah kepada hari menyekutukan Allah dan hari untuk merobek as-Sunnah yang suci dan mulia! Yang sepatutnya menjadi Syi'ar agama di hari tersebut semakin dilupakan dan terabai. Tetapi, tokok tambah yang jauh dari cahaya syari'at pula semakin diperjuangkan. Na'uzubillah...

0 komentar: