Join ViralMoneyList.com

Rabu, 9 Julai 2008

Gagal Beza Solat Awal Atau Akhir Waktu, Tanda Lalai

telah bertanya Abu Al'Aliyah kepada seorang tokoh terkenal Hasan al-Basri mengenai lalai, seperti yang terdapat dalam surah al-Ma'uun ayat 4 dan 5 yang bermaksud: "Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai daripada solatnya."

jawab Hasan; bahawa yang dimaksudkan lalai itu ada beberapa perkara yang termasuk dalamnya. Pertama, lalai hingga tidak tahu berapa rakaat, kedua atau tiga. termasuk lalai lupa waktu solat hingga terlepas waktu solat fardhu.

ada juga ulama tafsir yang menyatakan; bahawa mereka yang melengahkan solat hingga lewat ke hujung waktu tudak rasa runsing, jika solat di awal waktu pun tidak pula berasa beruntung. seolah-olah segera dan lewat sama sahaja.

orang yang berkeadaan demikian termasuk di kalangan orang yang solat tetapi disediakan neraka untuknya, kerana tiada kesungguhan untuk melaksanakan kewajiban terhadap ALLAH S.W.T. solatnya sekadar lumrah sahaja.

kini diperkatakan pula mengenai peranan imam dan yang bersangkutan dengan orang yang menjadi imam. kewajiban atas imam, banyak tanggungjawab sam ada sebelum atau selepas masalah membaca, begitu juga dalam perkara rukun solat dan juga selepas memberi salam penyudah.

beberapa perkara yang menjadi tanggungjawab imam sebelum memulakan solat; pertama, jangan melangkah ke hadapan untuk jadi imam jika dia sedar bahawa para makmum tidak menyukai peribadinya.

imam adalah pemimpin, bagaimana dia hendak memimpin jika orang yang dipimpin tidak menyukainya.

sekiranya di kalangan makmum yang tidak setuju sedikit (minoriti) tetapi jika suara minoriti daripada kalangan orang yang berilmu dan berakhlak mulia, pandangan mereka hendaklah diberi keutamaan kerana kualiti lebih bernilai daripada kuantiti menurut pandangan Islam.

sebagaimana ditegaskan firman ALLAH TAALA yang bermaksud: "katakanlah (hai Muhammad): tidak serupa yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik perhatianmu...: (surah al-Maidah, sebahagian ayat 100).

Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "tiga jenis manusia yang solatnya tidak diangkat oleh malaikat walau melepasi kepalanya. pertama, solat seorang hamba saahya yang lari daripada tuannya. kedua, solat seorang wanita yang suaminya marah kepadanya. ketiga, imam yang mengimami solat tetapi tidak disukai oleh makmumnya."

dilarang seseorang naik jadi imam jika di belakangnya terdapat seorang yang 'faqih' (lebih memahami ilmu agama) daripadanya, kecuali si faqih yang lebih utama itu enggan menjadi imam setelah dipelawa.

seperkara yang perlu bagi imam tahu iaitu dia kena mendirikan solat pada awal waktu supaya dapat keredaan ALLAH S.W.T.

sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "ada manusia yang mendirikan solat di hujung waktu tetapi tidaklah sampai luput, padahal kalaulah dia tahu bahawa solat pada awal waktu ganjarannyalebih mahal daripada dunia dan seisinya, nescaya dia tidak akan melengah-lengahkannya."

malangnya manusia kurang menyakini sabda Nabi S.A.W. kecuali kalau pahala itu berbentuk seketul emas yang besar jatuh di hadapannya.

selain itu tidak sayugia imam melewatkan solat kerana hendak menunggu jemaah yang ramai, sedangkan peranan imam adalah sebagai pemimpin dan pendidik makmum.

sekiranya imam membudaya lambat dirikan solat jemaah, nescaya makmum akan menguasai imam melakukan sesuatu yang diredai makmum yang lazim lambat ke masjid.

jadi kewajipan imam menyegerakan solat kerana merebut fadilat awal waktu, solat awal waktu lebih afdal daripada ramainya jumlah jemaah dan lebih afdal daripada membaca surah yang panjang.

suatu peristiwa yang boleh dijadikan contoh: suatu ketika Nabi S.A.W. berhalangan kerana musafir dan lambat tiba ke masjid untuk solat fajar, menyebabkan sebahagian para sahabat lebih dahulu mendirikan solat, dengan menolak Abdur Rahman bin Auf untuk menjadi imam.

dan Abdur Rahman setuju untuk menjadi imam atas kemahuan para sahabat. walaupun beliat tahu dalam musafir itu Nabi S.A.W. ada bersama mereka kerana mereka tahu bahawa solat awal waktu amat mustahak dan dituntut oleh Islam.

bagaimanapun Nabi S.A.W. tiba juga tetapi terlewat 1 rakaat, melihat Nabi menambah 1 rakaat kerana kelewatannya lalu para sahabar merasa gerun atas kejadian itu.

apabila Nabi S.A.W. melihat kegelisahan para sahabatnya, lantas baginda bangun dan bersabda: "alangkah baiknya tindakan yang anda lakukan, dengan cara demikianlah yang sepatutnya anda lakukan."

contoh yang ke-2; suatu hari Nabi S.A.W. pergi mendamaikan suatu kaum, atas urusan menyebabkan baginda terlewat kembali semula, kelewatan itu juga jadi punca Nabi S.A.W. lewat sampai ke masjid untuk mengimami solat Zuhur.

para sahabat Abu Bakar ke hadapan untuk menjadi imam, ketika mereka sedang bersolat, Nabi S.A.W. sampai ke masjid lalu beliau bersolat di belakang Abu Bakar.

dua contoh riwayat itu menjadi rujukan dalam Islam dalam soal mengutamakan solat pada awal waktu, untuk tujuan itu para makmum boleh melantik sesiapa jua di kalangan mereka untuk menjadi imam sekiranya imam lewat tiba.

sayugia difahami bahawa tidak menjadi kewajipan imam menunggu muazin, tetapi muazinlah yang berkewajipan menunggu imam.

0 komentar: