Join ViralMoneyList.com

Rabu, 5 Disember 2007

Jangan tertipu dengan perlaburan internet

Ketahui! Kaedah membuat
duit di internet yang sebenar!

Kepada rakan yang dikasihi..

Pada 12 April 2007 yang lalu, majlis fatwa
kebangsaan telah sebulat suara memutuskan, bahawa pelaburan internet adalah haram di sisi agama islam. Kenyataan ini telah serba sedikit menggembirakan saya, kerana sejak dahulu lagi telah saya ketahui, skim-skim pelaburan yang dijalankan di internet ini sebenarnya adalah merupakan skim ponzi alaf baru yang hanya bertujuan untuk menipu masyarakat yang sememangnya terlalu mudah percaya dengan angan-angan untuk menjadi kaya dengan cepat.

Pengharaman tersebut juga telah serba sedikit menyedarkan beberapa pihak yang telah terjebak ke dalam perangkap skim pelaburan tipu tersebut untuk cepat-cepat kembali ke jalan yang betul dan mengeluarkan diri mereka dari terus hanyut dan menjadi barua kepada komplot penipuan tersebut.

Ditambah pula dengan liputan-liputan serta pendedahan yang dilakukan oleh pihak media, maka, semakin ramailah masyarakat yang tersedar dan mula berhati-hati dengan peluang-peluang membuat duit melalui inernet ini. Namun begitu, sesuatu yang sedikit mengecewakan. Ramai masyarakat yang terkeliru dengan istilah PELABURAN INTERNET dengan PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan "Buat Duit di Internet" adalah tipu dan tidak boleh dipercayai. Lebih

menyedihkan lagi, bukan masyarakat biasa sahaja yang terkeliru dengan 2 perkara ini, malah pihak-pihak yang dianggap sebagai pihak yang handal ICT, seperti Pusat Keselamatan Siber Malaysia juga turut terkeliru mengenainya.

Membuat duit atau menghasilkan pendapatan melalui internet sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah terdapat ramai individu-individu di dunia amnya dan di Malaysia khususnya, telah berjaya menghasilkan duit yang banyak menerusi internet. Antara nama yang paling dikenali ramai adalah Dr. Irfan Khairi . Beliau, telah berjaya menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di internet.... diulangi.. PERNIAGAAN INTERNET.... atau perlukah saya mengejakannya? P . E . R . N . I . A . G . A . A . N ... bunyinya apa?... PERNIAGAAN ... (pandainyeeeee~~~ anak sapa ni~~?)

Untuk memberikan lebih kefahaman tentang "KAEDAH-KAEDAH SEBENAR BUAT DUIT DI INTERNET " , izinkan saya menjelaskannya kepada anda. Diharapkan anda dapat melapangkan dada dan mengosongkan fikiran anda terlebih dahulu dari segala tanggapan-tanggapan serta cerita-cerita yang pernah anda dengar sebelum ini tentang "BUAT DUIT DI INTERNET".

Secara keseluruhannya, terdapat 3 kaedah / cara membuat duit di internet, iaitu :-

  1. Perniagaan Internet

  2. Program Internet

  3. Pelaburan Internet

Nota : Hijau - Boleh Dipercayai , Oren - Perlu Berhati-hati , Merah - Lari jauh-jauh.

1) Perniagaan Internet
Satu kaedah yang paling pasti untuk membolehkan anda membuat duit di internet adalah dengan menjalankan perniagaan anda di internet. Perniagaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya.

Perniagaan internet pula boleh dibahagikan kepada 2 bentuk. Iaitu , sama ada "perniagaan yang berasaskan" produk ataupun "perniagaan yang berasaskan perkhidmatan".

Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan

Antara contoh-contoh perniagaan internet yang berasakan perkhidmatan adalah seperti :-




  • Perkhidmatan rekabentuk grafik (logo, banner, cover ebook)

  • Perkhidmatan membina website

  • Perkhidmatan memasang perisian.

  • Perkhidmatan webhosting

  • Perkhidmatan menulis & menterjemah artikel



Perniagaan Berasaskan Produk


Bagi perniagaan internet yang berasaskan produk pula, ia
boleh dibahagikan kepada 2 jenis produk. Iaitu, sama ada produk fizikal ataupun
produk digital.


Antara contoh perniagaan-perniagaan internet yang berasaskan
produk adalah seperti:-




Produk Fizikal


  • Menjual Tikar

  • Menjual Alat Penjimatan Eletrik

  • Menjual Buku

  • Menjual Peta

  • Menjual Model Kapal Terbang

  • Menjual Menjual CD multimedia

  • Menjual Cadar



    Produk Digital


  • Menjual Ebook

  • Menjual Perisian-perisian

  • Menjual MP3 ceramah-ceramah pembelajaran.

  • Menjual Gambar-gambar/ grafik profesional

  • Menjual video-video tutorial

  • dan bermacam-macam lagi...



Perniagaan-perniagaan internet seperti ini adalah benar dan
jarang sekali ada yang menipu. Jika ada yang menipu pun peratusannya agak kecil
(Sama seperti perniagaan konvensional, ada juga peniaga-peniaga yang melakukan
penipuan di dalam perniagaan mereka.). Peniaga internet menggunakan internet
dengan sepenuhnya untuk memasarkan produk-produk mereka. Jadi! adakah mustahil
untuk anda membuat duit di internet dengan melakukan perniagaan di internet?
Sudah pastinya tidak mustahil sama sekali. Anda BOLEH buat duit di
internet dengan menjalankan PERNIAGAAN Internet!


Perniagaan di internet adalah sama seperti perniagaan
konvensional. Rukunnya sama.. ada penjual, ada pembeli dan ada produk. Di dalam
Perniagaan Internet.... tiada istilah labur duit, goyang kaki dan kemudiannya
jadi kaya.


Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya
bukanlah sesuatu yang terlalu mudah. Ia memerlukan usaha yang gigih dan juga
ilmu pengetahuan yang tinggi, terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia
perniagaan. Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya, anda perlu
mempunyai ilmu mengenai "Niche Market Research", "Product
Development", "Web Development", "Internet Marketing",
"Search Engine Optimization(SEO)", "Sales Letter Writing ",
"Web Credibility", "Traffic Generation" dan bermacam-macam
lagi ilmu yang perlu dipelajari dan diketahui..... Membangunkan perniagaan
internet, bukanlah semudah membangunkan website dan meletakkannya di internet
sahaja.. ia lebih dari itu. Jadi, sememangnya tiada istilah "Duduk Diam
Dapat Duit" di dalam dunia perniagaan internet.


Jika anda berminat untuk mendalami serta berkongsi ilmu
tentang cara-cara membina perniagaan di internet yang betul, sertailah komuniti
kami di www.wangcyber.com , banyak
tips-tips serta ilmu yang membincangkan tentang cara-cara membina perniagaan
internet yang berjaya dikongsikan di website tersebut.



2) Program Internet


Kaedah kedua untuk membuat duit di internet adalah melalui
program-program internet.Kaedah ini adalah lebih mudah untuk dilakukan jika
dibandingkan dengan kaedah yang pertama iaitu "membina perniagaan
internet".


Program internet ini pula. boleh dikategorikan kepada
beberapa jenis, iaitu :-




  • Program Pengiklanan

    • Google Adsense

    • Text-Links-Ads

    • Bidvertiser

    • Nuffnang

    • Advertlets






  • Program Affiliate

    • Clickbank

    • Commision Junction

    • PayDotCom

    • Amazon.com






  • Internet MLM




  • Get Paid To Program

    • Get Paid to Read Email

    • Get Paid to Surf

    • Get Paid to Survey





  • Randomizer

  • Forced Matrix


Nota : Hijau - Boleh Dipercayai , Oren
- Perlu Berhati-hati
, Merah - Lari jauh-jauh.





Program Pengiklanan


Program pengiklanan seperti google
adsense
, bidvertiser,
text-link-ads , nuffnang
dan yang lain-lain, adalah merupakan sebuah program pengiklanan yang
menghubungkan antara "pihak penerbit iklan" dengan "pihak pembeli
iklan". Jika anda ingin membuat duit di internet menerusi program
pengiklanan ini, anda perlulah menjadi pihak "Penerbit Iklan", atau
lebih dikenali sebagai "Publisher".


Sebagai seorang "publisher", anda dikehendaki untuk
menyediakan sedikit ruang di website anda, untuk diletakkan iklan-iklan dari
program-program pengiklanan yang anda sertai. Pihak penganjur program
pengiklanan seperti google, text-links-ads, bidevrtiser dan sebagainya, akan
membayar anda berdasarkan kaedah yang ditetapkan, iaitu sama ada mengikut
bilangan klik , bilangan paparan atau pun mengikut kiraan hari berapa lama iklan
tersebut di paparkan di website anda.


Duit yang digunakan untuk membayar anda itu pula, sebenarnya,
bukanlah datang dari pihak penganjur, tetapi duit-duit tersebut, sebenarnya
datang dari pihak-pihak pembeli iklan (pihak-pihak yang ingin mengiklankan
website/produk mereka). Jadi, disini, jelas dapat di lihat dari mana sumber
datangnya duit tersebut dan kemana ia disalurkan. (Dari poket pembeli iklan, ke
penganjur program, dan seterusnya ke poket anda, kerana sudi memaparkan iklan
mereka).



Program Affiliate


Di dalam perniagaan konvensional, ada sesetengah pemilik
perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen untuk membantu mereka
mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai. Agen-agen yang
berjaya membuat jualan pula, akan diberikan sedikit komisyen hasil daripada
harga jualan produk tersebut.


Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil
"affiliate".


Manakala, program affiliate pula, ialah sebuah program yang
disediakan oleh pemilik-pemilik website perniagaan, bagi melantik
individu-individu seperti anda untuk menjadi agen mereka. Proses pendaftaran
sebagai agen kepada sesebuah program affiliate ini biasanya adalah percuma. Anda
tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar sebagai agen mereka.


Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program
affiliate, anda akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas
anda, hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng"klik"
pada URL anda dan kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut,
anda akan diberikan komisyen.


Itulah penerangan ringkas mengenai program affiliate, anda
mendaftar sebagai agen di sesebuah website yang menjalankan "perniagaan
internet", dan kemudiannya, mempromosikan URL affiliate ID anda. Jika ada
pembeli, anda akan diberikan komisyen.


Satu ciri utama yang perlu anda tahu tentang program
affiliate ialah, program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak
tingkat (tier). Maksimun tingkat (tier) yang dibenarkan untuk program affiliate
hanyalah 2 tingkat (2nd tier) sahaja.
Ini kerana, program affiliate
lebih mengutamakan kepada jualan produk dan komisyen yang diberikan juga adalah
berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan bukannya dari bilangan "downline"
yang diperolehi. Jadi, jika ada website yang mendakwa mereka menjalankan program
affiliate dan peringkat (tier) affiliate mereka lebih dari 2, iaitu kadangkala
sehingga mencecah 5-8 peringkat. Usah sertai! Itu adalah skim piramid yang cuba
memperbodohkan anda dengan istilah "Affiliate Program" .



Internet MLM


Kini, Industri MLM "Multi-Level-Marketing" juga
tidak ketinggalan untuk menggunakan internet sebagai sebuah medium pemasaran.
Banyak syarikat-syarikat MLM yang telah mempunyai website mereka sendiri serta
turut menyediakan kemudahan pejabat secara maya untuk kegunaan ahli-ahli mereka.


Namun begitu, industri MLM pada masa kini sudah agak parah,
ini kerana banyak syarikat-syarikat MLM telah dijangkiti oleh skim-skim piramid
yang seringkali menggunakan "lesen AJL" untuk sesebuah syarikat MLM
sebagai topeng mereka.


Komisyen yang sepatutnya dibayar berdasarkan "jualan
produk" kini sudah ditukar dan dibayar berdasarkan "bilangan agen baru"
yang dapat ditaja.
Jadi, tidak hairanlah jika dilihat, mengapa
penggiat-penggiat MLM masa kini, bermati-matian mencari ahli baru untuk di
jadikan downline mereka daripada memasarkan & menjual produk-produk keluaran
syarikat MLM itu sendiri.


Ayat-ayat jualan yang sepatutnya menerangkan tentang
keistimewaan produk seperti "Produk ini berkualiti! berkhasiat dan
dijamin halal"
kini ditukar kepada "Jadilah jutawan MLM tanpa
perlu menjual produk, tanpa perlu membuat "maintain" bulanan dan juga
tanpa perlu datang mesyuarat setiap minggu!"
, "Hanya perlu
daftar jadi ahli dengan yuran RMXXX dan cari 2-3 orang rakan sahaja! dan anda
akan menjadi jutawan dalam masa beberapa bulan!"


Jadi, berhati-hati lah jika anda ingin menyertai mana-mana
syarikat MLM di zaman ini, mempunyai "Lesen AJL" dari kementerian
perdagangan sahaja belum mencukupi untuk membuktikan mereka adalah sebuah
syarikat MLM yang tulen. Ini kerana, banyak syarikat-syarikat MLM yang
mengemukakan pelan pemasaran yang berbeza sewaktu mereka ingin memohon lesen
dari kementerian. Selepas dapat lesen, lain pula pelan pemasarannya. Sebab
itulah, anda boleh lihat, pelan pemasaran yang diterangkan di dalam
ceramah-ceramah mereka amat berbeza sekali dengan pelan pemasaran yang tercatat
di dalam booklet keahlian mereka.


Saya pernah menulis dengan panjang lebar mengenai "Skim
Piramid yang bertopengkan MLM" ini, untuk bacaan lebih lanjut, anda boleh
lihat disini http://www.wangcyber.com/forum/showpost.php?p=2657&postcount=2



Program "Get Paid To..."
(GPT)


Ini satu lagi kaedah buat duit di internet, tetapi terus
terang saya katakan, program-program ini, kebanyakkannya adalah tipu dan hanya
akan membuang masa anda. Ada sesetengah programGPT ini, yang menawarkan anda
sehingga USD100 untuk anda membaca setiap email yang dihantar. Usah mudah
percaya dan kelabu mata, tanya dulu.. "Dari mana mereka dapat duit untuk
membayar USD 100 kepada anda bagi setiap email?". Dari pihak pengiklan?
Maaf cakap, tapi dalam dunia perniagaan, tiada peniaga yang sebodoh itu yang
sanggup membayar USD100 kepada setiap orang yang membaca email iklan mereka.


Tujuan sebenar penganjur program-program "get paid
to.." ini sebenarnya hanyalah untuk mendapatkan alamat email anda dan
kemudiannya menjualkannya kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawap.
Akibatnya, inbox email anda akan menerima banyak email-email SPAM (email tidak
diundang) yang mengandungi iklan-iklan seperti viagra, pil ectasy, dadah,
website lucah, software murah serta seseorang yang mendakwa dirinya pentadbir
harta kerajaan nigeria yang baru sahaja kematian raja.


Jadi, usah membazirkan masa anda dengan program-program
seperti ini. Tiada orang yang menjadi kaya hasil menyertai program-program
seperti ini.



Program Randomizer


Ini pula satu program buat duit di internet yang
menggabungkan "skim cepat kaya" & "program perjudian".
Untuk membuat duit dari program ini, anda perlu "menderma" dan
sekaligus mendaftar sebagai ahli mereka, dan kemudiannya, anda dikehendaki
mencari rakan yang lain untuk turut "menderma" (menjadi mangsa) ke
dalam program ini.


Kepada siapa wang anda perlu di"derma"kan? Pertama,
kepada penganjur program tersebut, kedua.. kepada individu yang menjemput anda
untuk menyertai program ini.. dan ketiga... kepada mana-mana ahli yang akan
dipilih secara rawak oleh sistem. Ikut nasib... kalau nama anda terpilih, maka
dapatlah duit.. kalau tidak.. cari lagi "mangsa" yang lain.



Program Forced Matrix


Ini pula skim piramid yang dijalankan di internet secara
terang-terangan. Tetapi ramai yang tertipu dengan perkataan "forced
matrix" yang digunakan, konon-kononnya, ianya adalah sebuah program yang
canggih, maklumlah namanya pun sudah canggih. Hakikatnya, ianya adalah skim
piramid. Di dalam program forced matrix ni, mangsa dikehendaki membayar duit
sebagai ahli dan kemudiannya mencari 2-10 orang untuk dijadikan downline mereka.
Mereka akan menyusun 5 orang pada level 1 dibawah mereka, setelah lengkap level
1 dengan 5 orang mangsa, maka mangsa yang ke-6 akan diletakkan di level ke-2
pula, pada level kedua ini, mereka perlu mencari seramai 25 orang mangsa.
Begitulah seterusnya, semakin banyak level, semakin banyaklah mangsa yang
diperlukan. Apa yang ahli-ahli program forced matrix ini tidak sedar ialah,
program ini sebenarnya akan menjadi tepu pada level yang ke-13, itu pun jika
seluruh penduduk dunia menyertainya. Tetapi, selalunya, ia akan tepu pada level
yang ke 6 & 7. Mengapa? sebabnya.. tidak ramai orang-orang yang "bodoh"
di internet yang mahu menyertai program-program seperti ini. Yang peliknya,
mereka yang kurang bijak yang menyertai skim ini akan berkata "Tidak
mengapa! Kita perlu berusaha dengan lebih kuat lagi mempromosikan program ini,
insyallah... segala usaha kita akan berhasil!"... Usaha apanya? Program dah
tepu... nak usaha apa lagi?


Berikut adalah ilustrasi susunan ahli skim piramid yang
digunakan oleh program "forced matrix 5"


Apabila program ini tepu pada level ke 6 (sebab tiada lagi
orang "kurang pandai" yang dapat diperdayakan) , maka, 55,944 orang
akan rugi (level 3-6) dan hanya 42 orang sahaja yang akan untung (level 1 - 2).
Jadi, nasihat saya, jauhkan diri anda dari program-program seperti ini, ini
kerana, anda tidak akan tahu di level mana anda berada apabila anda menyertai
program tersebut.



3) Pelaburan Internet


HYIP (High Yield Investment Program)


Ini pula adalah kaedah yang paling-paling disukai dan digilai
oleh ramai orang, terutamanya rakya Malaysia... . Campak duit!... Goyang Kaki!
Cukup bulan.. duit berkepul-kepul masuk ke dalam akaun bank! Nak lagi banyak?
Ajak kawan-kawan sekali, jemput semua sekali orang kampung masuk melabur!


Peduli apa pihak penganjur buat dengan duit tersebut?

Peduli apa mereka itu ada lesen ke tidak?

Peduli apa halal ke haram?


Yang penting..... cukup bulan.. CONFIRM dapat untung
sekian-sekian peratus!


HYIP, Swisscash, E-Barrel, ABFund dan apa-apa sahaja website
yang menjanjikan anda keuntungan tetap, adalah beberapa contoh website yang
menawarkan skim PELABURAN INTERNET ini. Mereka tidak mempunyai lesen, dan
mengambil deposit daripada masyarakat secara haram.


Inilah kaedah buat duit di internet yang
di"HARAM"kan oleh majlis fatwa kebangsaan pada 12 April 2007 lepas.

Suatu pelaburan yang dijalankan menerusi internet... atau nama sebenarnya, SKIM
CEPAT KAYA ALAF BARU.


Duit yang dilaburkan sebenarnya hanya dipusing-pusingkan.
Duit-duit dari pelabur X, Y, Z akan diberikan kepada pelabur-pelabur A, B, C
yang merupakan orang-orang yang terawal melabur di dalam pelaburan haram ini.
Dan, apabila pelabur-pelabur A, B, C ini mendapat wang keuntungan sepertimana
yang dijanjikan oleh penganjur pelaburan haram ini (yang sebenarnya sengaja
diberikan untuk menguatkan kepercayaan orang ramai). Maka, akan semakin riuhlah
pelabur-pelabur A, B, dan C ini mengkhabarkan yang mereka kononnya telah
memperolehi keuntungan yang berlipat ganda dari pelaburan mereka di dalam skim
pelaburan haram tersebut.


"Tengoklah berapa banyak duit aku dah dapat hasil
daripada pelaburan ini, mana ada tipu? Kalau tipu, takkan aku boleh dapat duit
banyak begini?" kata pelabur A


"Sertailah kami, usah dengar kata-kata rakan-rakan anda
itu, mereka itu semua melayu yang berfikiran rendah, busuk hati & pendengki!
Tidak boleh tengok orang senang sikit! " kata pelabur B


"Haram konon.... boleh jalanlah dengan haram kau! Kalau
nak haram.. haramkan semuanya!" kata pelabur C yang cuba menghalalkan
perkara yang haram.


Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai pelaburan haram
ini disini, saya sudah letih, jika anda ingin membaca kupasan lebih lanjut
mengenai pelaburan haram ini, anda boleh lawati website-website berikut :-



Apa yang pasti, kini dalang-dalang skim-skim pelaburan haram
& cepat kaya ini sedang mencari-cari taktik yang baru untuk meneruskan lagi
kegiatan penipuan mereka. Dengar kata, mereka kini sedang sibuk pula membuat
website-website pelaburan yang baru, untuk website yang terbaru ini, mereka
tidak lagi memberikan pulangan "tetap", tetapi
pulangan diberikan, berdasarkan "prestasi" pelaburan
pula!. Apabila ditanya, Dimana wang pelabur dilaburkan?.. Mana lesen pelaburan?
Mana laporan pelaburan tahunan? "Oh! itu tidak boleh di dedahkan.. itu
rahsia strategi pelaburan kami!"
alasan ringkas yang mereka berikan
untuk sekali lagi memperbodohkan masyarakat.


Nasihat saya kepada anda! Jika ada peluang-peluang
buat duit yang ditawarkan kepada anda, lebih-lebih lagi jika mereka meminta wang
dari anda (sama ada berbentuk yuran keahlian / wang pelaburan) dan kemudiannya,
meminta anda MENCARI ORANG lain untuk membolehkan anda mendapatkan keuntungan
yang besar dalam masa yang singkat. Berhati-hatilah...ops! maaf! Bukan
berhati-hati.. tetapi larilah jauh-jauh sekuat-kuatnya.


Selidik terlebih dahulu dari mana asalnya wang keuntungan
yang anda perolehi itu? Oh! yer... apabila saya menyuruh anda membuat "selidikan"
, ia bukanlah bermaksud, membaca segala maklumat yang terdapat di website mereka
dan kemudiannya mempercayainya 100%.


Tetapi apa yang saya maksudkan dengan perkataan "selidik"
ialah , selidik terlebih dahulu modus operandi mereka, dari mana sumber duit
tersebut datang, dan ke mana duit tersebut pergi. Apa yang menyebabkan mereka
boleh memberikan anda keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat?. Tetapi
jika anda terlalu daif untuk membuat selidikan, tanyalah dan rujuklah kepada
rakan-rakan lain yang lebih arif. Dimana hendak mencari rakan-rakan yang lebih
arif mengenai topik BUAT DUIT DI INTERNET? , wangcyber.com
adalah salah satu tempat yang terbaik.



Pelaburan Forex


Satu lagi pelaburan yang menjadi kegilaan orang ramai pada
waktu ini, (terutamanya bekas-bekas mangsa Autosurf & HYIP) ialah pelaburan
forex menerusi internet. Untuk makluman anda, pelaburan forex adalah merupakan
satu pelaburan yang sangat berisiko tinggi. Malahan, pihak kerajaan serta pihak
Bank Negara Malaysia tidak membenarkan mana-mana individu serta syarikat di
malaysia untuk menjalankan urusniaga forex ini. Hanya beberapa institusi
perbankan sahaja yang dibenarkan dan mempunyai lesen untuk menjalankan urusniaga
forex tersebut. Antaranya Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia
Berhad, Pos Malaysia Berhad dan juga Bank Simpanan Nasional.


Oleh itu, apa yang dilakukan oleh individu-individu yang
mempunyai "keghairahan" yang tinggi terhadap pelaburan forex ini ,
mereka mencari dan menggunakan website-website broker dari luar negara untuk
menjalankan urusniaga forex mereka.


Namun begitu, apa yang mereka tidak sedar, kebanyakkan
website-website broker tersebut adalah scam dan tidak berlesen.


Jadi, kepada mereka yang "keghairahan" sudah tidak
boleh ditahan-tahan lagi daripada bermain forex, berhati-hatilah apabila anda
ingin memilih website-website broker untuk melabur di dalam forex.



Pelaburan Saham di Bursa Malaysia menerusi
Internet


Bank-bank di malaysia seperti Maybank, CIMB , RHB dan lain-lainnya
telah melangkah setapak lagi di dalam mengoptimunkan penggunaan internet di
dalam perniagaan mereka. Ini kerana, bank-bank tersebut, telah berjaya
menyediakan kemudahan kepada pelanggan-pelanggannya melakukan urusan jual beli
saham di Bursa Malaysia hanya melalui internet , menerusi laman web mereka.


Untuk menjalankan urusniaga (bermain) saham di Bursa Malaysia
menerusi internet ini, anda perlu membuka akaun perdagangan (Trading & CDS
Account) anda dimana-mana cawangan bank Maybank / CIMB / RHB berdekatan anda.


Namun begitu, perlu difahami, pelaburan saham di Bursa
Malaysia mempunyai risiko yang agak tinggi juga. Jadi, pastikan anda mempunyai
ilmu yang secukupnya sebelum melaburkan wang anda di pasaran saham tersebut.


Pelaburan saham ini tidak ada kaitannya dengan "PELABURAN
INTERNET" yang telah saya nyataan di atas, ia adalah pelaburan saham yang
biasa di Bursa Malaysia, cuma kini, semua urusniaga jual beli saham tersebut,
boleh dilakukan menerusi internet.


Jadi, pelaburan saham di bursa malaysia yang dijalankan
menerusi internet ini bolehlah dikatakan selamat & benar, kerana anda
melabur di Bursa Malaysia yang sememangnya sudah diiktiraf urusniaganya oleh
bank negara malaysia.




Kesimpulan


Kesimpulannya... BUAT DUIT DI INTERNET bukanlah satu perkara
yang ajaib dan penuh dengan tipu daya!. Ianya tidak mustahil dan telah pun
dilakukan dengan jayanya oleh ramai orang. Malahan, di Malaysia, terdapat ramai
individu yang telah berjaya menjana pendapatan di internet. Alang
, Shuth, Gobala,
Zamri Nanyan, Kidino,
Saifulsham, Smartzul,
Galadriel, Mohd
Sufian
, Liew CF, Gaman,
Tuah Emas, Labanon,
Tazilan, Sham
, Bitol , Patric
Chan
, Sunny Tan , Azhar
dan ramai lagi yang tidak mampu untuk saya senaraikan semuanya disini... adalah
antara rakyat malaysia yang telah berjaya membuat duit di internet
melalui PERNIAGAAN INTERNET
mereka masing-masing


Jadi.. usah lagi terkeliru. antara PERNIAGAAN
INTERNET & PELABURAN INTERNET.
Ianya adalah 2 kaedah buat duit di
internet yang amat jauh berbeza. Kami di WangCyber.com
amat-amat menggalakkan masyarakat di malaysia membina & menjalankan
PERNIAGAAN INTERNET mereka masing-masing, dan kami di wangcyber.com juga,
menolak dan menentang sekeras-kerasnya PELABURAN-PELABURAN HARAM serta SKIM-SKIM
CEPAT KAYA yang wujud di internet.


Dengan penjelasan ringkas saya ini, diharapkan, tiada lagi
kekeliruan daripada mana-mana pihak mengenai istilah PERNIAGAAN & PELABURAN
Internet serta salah anggapan mengenai hakikat sebenar BUAT DUIT DI INTERNET.


Sekian, salam keusahawanan dari saya..


Wassalam.


Mohd Suhaimy a.k.a shuth

WangCyber.com Founder

18 May 2007



0 komentar: