Join ViralMoneyList.com

Selasa, 18 September 2007

10 Malam Terakhir :Debaran Mengintai, Impian Menggapai

Makna Al Qadr

  1. Mulia –
  2. Penetapan & Pengaturan
  3. Sempit – kerana ramainya malaikat di bumi

Hakikat Al Qadr
  1. di mana Jibril & malaikat turun ke bumi (memberi rahmat kepada manusia, tasbih dan memohon ampun)
  2. Lebih baik dari 1000 bulan (melambangkan banyak –rahmat nya Allah)
  3. agung (Nuzul Al Quran)

Bilakah Al Qadr? Ada beberapa pendapat:
  1. 21 Ramadhan
  2. 27 Ramadhan
  3. Salah satu dari sepuluh malam terakhir, mana-mana malam Inilah pendapat yang lebih rajih

Hadith-hadith Nabi tentang bila Al Qadr

  1. "Carilah Lailah Al Qadr pada malam ganjil 10 malam terakhir" (riwayat Bukhari & Muslim)
  2. "Barangsiapa beribadat pada malam Al Qadr atas dasar iman & taqwa, akan diampunkan dosanya yang telah lalu"
  3. Dari Aisyah r.a. : "Apabila telah masuk 10 terakhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan tali pinggangnya dan menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya" (riwayat Bukhari)

Persoalannya:
Adakah semua orang yang berjaga malam (termasuk mereka berada di café atau melakukan kerja-kerja lagha) akan menemui Al Qadr? Jawapannya tidak, kerana:
  1. Tetamu yang bertandang ke sesuatu kawasan tidak akan bertemu dengan semua orang di kawasan tersebut.
  2. Bukankah ada orang yang terlalu ingin bertemu dengan kekasihnya, tetapi kekasihnya tidak sudi.

Al Qadr : Persiapan Zahiriyah Untuk menghidupkan malam:
  1. kurangkan makan minum
  2. tidak melakukan kerja-kerja berat dengan berlebihan di siang hari
  3. Amalkan Qailullah (tidur sekejap sebelum zohor)
  4. Tidur dengan wuduk
  5. Tidak melakukan dosa di siang hari
Dari Sufyan At Thauri : Aku tertahan dari melakukan qiam selama 5
bulan kerana satu dosa. Dosa apakah itu? Aku berburuk sangka apabila
melihat seorang menangis dengan berkata "Beliau melakukan itu kerana
menunjuk-nunjuk" .

Al Qadr :Persiapan Batiniyah
  1. Bersihkan diri dari membenci sesama insan
  2. Hindari bid'ah
  3. Tahu kelebihan Qiyamulail dan berazam melakukannya
  4. Hidupkan rasa cinta Allah
  5. Kurangkan kebimbangan terhadap dunia
  6. Hiasi sifat taqwa dengan banyak mengingati kedahsyatan azab

Wasiat Praktikal dari Ustzh Arpah Abd Wahab
Untuk menghidupkan malam di bulan Ramadhan, amalkan:
  1. Qailullah
  2. Pelbagaikan ibadah malam supaya tidak bosan (tilawah, tahajud, berdoa, zikir dll
  3. Doa yang afdal (Allahumma inna ka `afu uun kareem, tuhibbu af fuwafak fu anna'
  4. Mulakan dari sekarang (pada awal Ramadhan dan sebelum
Ramadhan (Syaaban)

Sekian, moga ada manfaatnya. Selamat memburu lailah al qadr



azk

0 komentar: