Join ViralMoneyList.com

Selasa, 17 Julai 2007

Kiamat Dah Dekat Dah. Nauzubillah

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah
1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
-- dah jadi dah--

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yg seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
--dah nampak dah--

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada
yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?"
Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi ½ wanita" - Ibnu Majah
--Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik--

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
--memang dah nampak dah--

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
--ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu--

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
--boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal--

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" -Riwayat Thabrani
--George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada--

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
--jiran sesama islam pon tak bertegur sapa--

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara andaï telah hari kiamat ialah akan muncul pakaianï wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang". ~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...

10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah� yg popular
skarang nie...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai" - Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...


Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda:

"Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."

0 komentar: