Join ViralMoneyList.com

Khamis, 19 April 2007

:KOLEKSI LAWAK SEPANJANG ZAMAN VOL. 1

SUAMI KELUAR MASUK DISKO
Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya, "Aku terpaksa minta cerai
dari suamiku." "Kenapa..?" tanya temannya kehairanan. "Habis, hampir
setiap malam kerjanya keluar masuk disko," jawab si ibu muda. "OOOOhh,
jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?" tanya temannya lagi. "Bukan
begitu..,sebenarnya dia ke sana mencari aku !" jawab si ibu muda.

BINI DAPAT TAHU
Seorang lelaki bercerita pada seorang temannya.
"Dulu aku ada segalanya. Wang, rumah besar, kereta - malah, aku juga ada
wanita yang cantik. Sekarang dalam sekelip mata, semuanya dah hilang"
"Oh kesiannya. Apa yang berlaku? Kau diisytihar bankrap ke?" tanya si
teman penuh simpati. "Ahh.. tak lah. Bini aku dapat tau...."

TIDAK PERNAH BERI SUMBANGAN
Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk
kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan
kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya
di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya. Tok
Penghulu: Selamat pagi Encik Lamin. En Lamin: Selamat pagi, ada apa
pagi-pagi datang ke mari Tok...? Tok Penghulu: Begini, saya telah
mendapati bahawa hanya Encik Lamin seorang sahaja yang tidak pernah
menyumbang untuk kampung kita. Encik Lamin ni kan seorang yang kaya dan
berjaya, saya raya tiada masalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil
bagi kemajuan kampung ini. En Lamin: Adakah tok tahu ibu saya sedang
sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya? Tok Penghulu:
Waduh, kalau begitu...saya tak tau plak.. En Lamin: Tok tau tak saudara
saya seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya
perubatan? Tok Penghulu: Kalau begitu, saya minta maaf. (sebelum tok
penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan
menambah)
En Lamin: Tok tau tak suami kakak saya sudah meninggal dan dia
meninggalkan isteri dan 3 anaknya tanpa harta dan warisan? Tok Penghulu:
(sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf). En Lamin: Jadi,
pendek kata mereka pun tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak
bagi sumbangan untuk tok.

SAKSI SERBA TAHU
Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan
seorang saksi utama seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama
untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi. Peguamcara : Makcik Fatima,
makcik kenal siapa saya? Makcik Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu,
malah sejak kecil lagi. Kamu suka berbohong dan mengata di bekalang
kawan-kawan kamu. Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di
luar dan aku berasa amat kasihan dengan isterimu. Selain itu kamu suka
bercakap besar, yang sama sekali tidak berasas dan benar. Peguamcara
tersebut terpegun lain yang di tanya .. lain pula jawapan yang
diterima.Untuk mengatasi kekejutannya, ia bertanya dengan selambanya,..
Peguamcara : Makcik Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi, peguambela?
Makcik Fatima : Oh ya, tentu saja. Bahkan ibunya dulu sering
meninggalkannya bersamaku waktu dia masih kecil. Tak jauh beza dengan
kamu, Hadi juga mengecewakan. Dia pemalas, suka menggoda perempuan dan
hidupnya seolah-olah tanpa tujuan.. Habis sahaja Makcik Fatima
berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela untuk
menghampirinya... "Jika kamu berdua menanyakan kepadanya adakah ia kenal
denganku.., kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana
menghina mahkamah...," kata hakim.

"INGAT SAYA BERSENANG LENANG DI SINI?"
Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering
pulang malam dan dalam keadaan mabuk. Suatu hari dia memarahi suaminya
"Oh, abang selalu bersenang lenang di luar dan meninggalkan saya di
rumah!" Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar.
Sesampainya di sana, si suami memesan minuman keras seperti biasa dan
memesankan satu gelas untuk isterinya. Ketika si isteri cuba meminumnya,
dia terus memuntahkannya kembali. "Minuman apa ini? Isshhhh.. tak sedap
langsung...!" rengus si isteri. "Tulah, jadi jangan anggap saya
bersenang lenang di sini..."

HUKUMAN MATI
Seorang warden penjara cuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan
menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba
sebentar nanti. "Jangan takut. Daya voltannya sangat tinggi, lagi pun
semuanya terjadi dalam masa yang sangat singkat," warden berkata.
Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar
biasa kuatnya dan perpanjangan. "Saya pergi ke sana sebentar untuk
melihat," katanya. Tidak lama kemudian, warden tersebut kembali. Dengan
selamba dia berkata, "Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masalah
teknikal sahaja. Sekarang elektrik terputus, jadi mereka gunakan LILIN
sebagai gantinya, itu sajaaaaa..."

MENANG BERTARUH SETIAP HARI
Ada seorang pak cik yang bernama Pak Din yang sangat kaya. Setiap hari
beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak
Din dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menyimpan
RM1000. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari
disedari oleh pengurus Bank. Pengurus Bank itu pun memanggilnya ke
pejabat dan bertanya.
Pengurus: Setiap hari saya lihat pakcik akan menyimpan RM1000 di
bank.Apa kerja pakcik? Pak Din: Saya ni sebenarnya tak ada kerja encik.
Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak
pernah kalah.
Pengurus: Ooo... Ini sudah cukup bagus. Tapi pakcik mungkin belum
bertemu dengan orang yang hebat macam saya ni. Kalau pakcik bertaruh
dengan saya, jangan haraplah nak menang. Pak Din: Iya ke? Kalau macam
tu, mari kita bertaruh.
Pengurus: Ok. Sebutkan apa saja pakcik nak bertaruh dengan saya. Pak
Din: Macam ni... Dalam tempoh 7 hari dari sekarang, encik akan
kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak
saya akan bayar encik RM1000.
Pengurus: Hahaha.. Tak logiklah pak cik. Tapi tak apa, saya setuju.
Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Esoknya apabila bangun
pagi, pengurus itu pun meraba telurnya. Ooh masih ada. Begitulah
seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya
masih lagi ada... Dengan suka hatinya pengurus tersebut pun pergilah
berjumpa dengan Pak Din.
Pengurus: Maaflah pakcik, telur saya masih lagi ada.
Pak Din : Betul ke? Aku tak percaya. Mari sini aku pegang.
Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Din pun berkata.
Pak Din: Oklah. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak Din pun
menghulurkan wang RM1000 kepada pengurus tersebut. Manager : Hari ni
baru pak cik tahu siapa yang hebat. Maaflah pakcik. Hari ni pak cik tak
dapat pergi bank lagi laaaa. Keh.. keh... keh... Tiba-tiba Pak Din
mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kuanter bank. Pengurus tersebut rasa
hairan lalu bertanya pada Pak Din.
Pengurus: mana pak cik dapat duit sebanyak tu?
Pak Din: Pak cik bertaruh dengan pengawal kat luar tu tadi RM5000.
Pengurus: Bertaruh apa?
Pak Din: Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur pengurus bank dan dia
tidak melawan. Manager : Tak guna punya orang tua.

MENANG LOTERI RM3 JUTA
Seorang lelaki bergelar suami pulang ke rumah dan memanggil isterinya
secara tiba-tiba.
Suami: Sayang, cepat kemaskan beg awak!
Isteri: Kenapa?
Suami: Abang baru menang loteri 3 juta ringgit.
Isteri: Wah, bagusnya! Abang nak saya kemaskan beg untuk bercuti ke
mana? Kita hendak naik kapal mewah atau bercuti keluar negara bang?
Suami: Suka hati awaklah. Saya tak peduli ke mana awak hendak pergi.
Yang penting, awak seorang yang keluar dari rumah ini!

"SINI TAK BOLEH BERENANG"
Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu
sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk
terjun. Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat
persembunyiannya, "Dilarang berenang! Saudari tidak dibenarkan berenang
di dalam kolam ini!" Wanita tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya.
"Kenapa tak melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan
pakaian?" soal wanita tersebut. "Memanglah disini tak dibenarkan
berenang, tetapi saudari tak dilarang untuk menanggalkan pakaian," jawab
pemilik dusun dengan selamba.

TIDAK SUKA PERANG
Pada suatu pagi, seorang guru sejarah bercadang mahu mengajar mengenai
peperangan berlaku. Guru tersebut bertanyakan kepada para pelajarnya
sama ada mereka menggemari peperangan atau mahukan keamanan. Kesemua
pelajar bersetuju bahawa mereka lebih sukakan keamanan. "Ada sesiapa
diantara kamu yang bole memberikan sebab kenapa kamu bencikan
peperangan?" tanya guru tersebut. Seorang pelajarnya mengangkat tangan
dan bangun. Guru itu memandang pelajarnya dengan penuh minat untuk
mengetahui jawapan pelajar tersebut. "Saya bencikan perang, sebab
peperangan akan membentuk sejarah. Sedangkan saya tidak sukakan mata
pelajaran sejarah" jawab pelajar itu.

MAKCIK DARI KAMPUNG
Pada suatu hari, seorang Makcik Minah datang ke Kuala Lumpur untuk kali
pertama untuk berjumpa anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan
orang kaya setelah mencanangkan kepada orang-orang kampung. Dia turut
membawa rakannya Bibah. Oleh kerana hari telah lewat malam, dia
'check-in' di sebuah hotel mewah semata-mata mahu menunjuk kepada Bibah
dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik
Minah. Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan
itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah melihat ke
sekeliling. Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan
tersebut. "Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung, tak
tahu duduk di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi saya bilik ini
pula. Kecil, tak ada TV, tak ada almari, apa pun tak ada. Katil nak
tidur pun tak ada. Hei jangan nak tipu orang la," Makcik Minah memaki
hamun pelayan tersebut kononnya untuk menutup malu pada Bibah. Lalu
pelayan itu pun menjawab, "Sabar makcik, ini baru lif..."

PUKUL BERAPA BUKA?

Pada suatu tengah malam telefon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?" seorang pemuda di hujung talian
bertanya. "Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelefon
saya di tengah malam buta ni?" tanya pustakawan tadi. "Tak boleh buka
awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa. "Tidak,
perpustakaan hanya akan dibuka pada pukul 9!" pustakawan itu menjawab
dengan nada yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh
tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?" "Siapa kata saya mahu masuk?"
kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"

UBAT SAKIT KEPALA

Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala. Seorang pekerja
memerhati keadaannya, lalu bertanya, "Kenapa bos? Nampak macam sakit
sahaja?" "Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos. "Dua hari
lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa
ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami bercumbuan. Habis saja
kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat
macam tu juga," terang Semaun. "Betul ke? Kalau macam tu, mari kita
jumpa isteri engkau sekarang!!!"

BUDIN VS KUCING, Siapa Handal?

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah
dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh
pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah
yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja,
sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor
kucing siam. Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin
pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa
tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan
sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih
sayang si Tompok berbanding dengan dirinya. Akibat tidak mahu terus
tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si
Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan
rancangan jahat Budin. Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika
isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah
menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras. Tanpa berlengah terus
merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya, lebih kurang 10
kami lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati
gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentah lagu
'Cindai' nyanyian Siti Nurhaliza. Tapi, kegembiraan hanyalah sementara
bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan
pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat
digambarkan. Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini
lebih jauh dibawa si Tompok, 20 kami dari rumahnya. Tetapi seperti
semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus
asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke
pangkal lenggan. Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak
buang Tompok lebih jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu.
Habis semual jalan ditempuh, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, yang
lurus, yang bengkok, segala selekoh habis dirempit dan akhirnya si
Tompok dibuang begitu sahaja. Selang berapa minit kemudian, Budin
menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh
suspen lagi berdebar-debar...
Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.
Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!...

PAK PANDIR KE KEBUN

Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan
menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong
getah. "Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak
Andeh. Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk
sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya
besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di
depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang
hampa. Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya,
"Kenapa Bang?" Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak bagi
kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan
kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."

DAGING YANG BOLEH TERBANG DAN BERENANG SAHAJA

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar
dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti
makan daging kambing, daging kesukaan Salim.
Doktor: "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan
sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang" Setelah
tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar
makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan
kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat
perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam
renang. Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim bukan
hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk
meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju ke
kolam renang di mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam
renang? Salim berada di dalam air melatih kambing berenang!!!

PENUMPANG DEGIL YANG BODOH

Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk
di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Labuan.
Seorang pramugari menghampirinya, lalu menyapa, "Cik, tiket cik untuk
kelas ekonomi, tempat duduk cik di belakang sana." Eh, awak siapa nak
paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk
di sana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??" herdik gadis seksi
dalam suara meninggi sambil berdiri. Kecewa dengan sikap penumpang itu,
pramugari itu memberitahu ketuanya. "Cik kena pindah ke kelas ekonomi
juga kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain," pujuk ketua
pramugari. "Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk di belakang. Tengok
oranglah!!!" katanya. Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa
memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis
tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke
kerusinya yang betul. "Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya
pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan.
"Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Labuan," jawab kapten.

KENCING MASAM LEBIH TERUK

Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu, Kelantan, seorang lelaki berusia
lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di
sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.
Lelaki muda menyapa, "Pok cik ni sakit gapo?" "Kecing manih. Lamo doh."
Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk
seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya
orang muda di sebelahnya, "Tu bakpo pulok?" "Kecemase" "Oohh rupanya
kecing mase lebih teruk dari kecing manih."

TUNGGU SAMPAI KERETA LALU
Razi dan Khairul, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat
rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. Sedang seronok berborak
tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki
menangis di tepi jalan. Lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan
dengan budak tadi. "Fasal apa adik menangis", tanya Razi. "Bagitaulah
kalau-kalau abang boleh tolong," pujuk Khairul pula. Sambil teresak-esak
budak tu berkata, "Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. Kalau nak
melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. Masalahnya dari tadi sampai
sekarang tiada sebuah kereta pun yang lalu. Motor buruk ada laa."
Mendengar penjelasan budak tadi, Razi dan Khairul hanya menggelengkan
kepala. Tidak tahu apa yang perlu dijelaskan.

UFO MENDARAT DI BUMI
Kelihatan dua makhluk asing sedang bersiap sedia untuk mendarat ke bumi.
"Kau dah siap barang-barang untuk kita pergi ke bumi?" tanya komander
pada rakannya. "Sudah tuan. Semua sudah siap. Tunggu mendarat sahaja,"
jawab seorang lagi. "Ok bagus. Cuma tinggal satu lagi yang kita perlu
bereskan sebelum mendarat," balas komander makhluk asing itu. "Apa dia
tuan?" "Kita kena turun menyerupai makhluk bumi. Takkan kita nak turun
dengan rupa kita yang sebegini. Nanti makhluk bumi itu mesti tangkap dan
bunuh kita," jawab komander itu. "Tapi tuan, macam mana kita nak
menyerupai diaorang padahal kita tak pernah nampak diaorang?" tanya
sorang tu lagi. "Ah, yang tu kau jangan bimbang. Kita mendarat secara
senyap, kemudian kita sembunyi di satu sudut. Kita tunggu makhluk
diaorang keluar dan menukar rupa menyerupai dioranglah" jelas komander.
"Wah, bagus cadangan tuan, amat bernas sekali usul itu." Mereka pun
terus mendarat ke satu kawasan tanaman padi. Dengan senyap-senyap,
mereka keluar dari kapal angkasa dan sembunyi di belakang semak. Tidak
lama kemudian, mereka pun ternampak dua makhluk bumi di hujung sawah.
Dengan menggunakan teknologi terkini, mereka pun menyerupai dua makhluk
bumi. Mereka keluar dari tempat persembunyian dan berjalan ke arah dua
penduduk bumi yang sedang bekerja. Kerana bentuk tubuh badan mereka yang
sama, penduduk bumi itu tidak sedikitpun merasa hairan dengan kehadiran
mereka. Mereka bersuara kononnya bertanya arah jalan, tetapi tidak
dilayan. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi riuh di belakang. Mereka pun
toleh dan nampak sekumpulan makhluk bumi yang lain sedang berlari ke
arah mereka. Sementara itu, makhluk bumi yang dua tadi terus
menghilangkan diri. "Cepat! Cepat! Jangan bagi dia lari!!!" seorang
daripada makhluk bumi itu berteriak pada rakan-rakannya. Kedua-dua
makhluk asing ini tercegat. Mereka tidak tahu apa yang telah terjadi.
"Haa, dapat juga! Kalau kamu suma nak tahu, inilah dua ekor kerbau liar
yang selalu makan padi aku. Ok, kita bawa ke kampung. Kita sembelih dua
ekor kerbau ini," Pak Salleh memberitahu orang-orang kampung sambil
mengikat leher kedua dua makhluk asing yang sedang kebingungan itu.

KONFLIK SUAMI DAN ISTERI
Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang
atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya
menggangu jiran tetangga. "Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan
mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau," terdengar
pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si
Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam
yang sangat luar biasanya. Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati
akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah
tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas
itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak
merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu. "Engkau tidak takut dengan
sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya. "Tidak!" jawab Minah. "Biarkan
saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!"


"Ketahui Bagaimana Anda Boleh Menulis Sales Letter Yang Membunuh- Yang Mampu Menukarkan Pelawat Laman Web Anda Kepada Pembeli Dalam Sekelip Mata Sahaja!"

http://www.salesmembunuh.com/index.php?ref=azk

Lihat begitu mudah dan cepat untuk menghadiahkan diri anda durian runtuh besar-besaran, tanpa perlu keluar rumah atau membelanjakan walau sesen wang hasil dari usaha kerja keras anda selama ini

http://www.misijutawan.com/scripts/a.php?a_aid=5391&a_bid=24

0 komentar: