Kewujudkan
Alam SemestaPernah tidak kita berfikir bagaimana alam semesta yang kita duduki ini terbentuk. Lihat saja rumah kediaman yang sedang kita tinggal sekarang ini. Adalah mustahil kalau rumah tersebut jadi dengan sendirinya tanpa dibina terlebih dahulu.
Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut; Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An'aam:101.
Maklumat
yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik sekarang ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling diterima akal dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.
Sebelum
fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.
Pengembangan Alam Semesta
Dalam
Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;
Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)
Edwin Hubble
Perkataan
'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur'an membongkar hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.
Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa 'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik ataupun tidak berubah) dan telah wujud tanpa keterbatasan masa'. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.
Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia yang bernama Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium yang bernama George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.
Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang telah membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di mana semua benda di dalamnya bergerak secara konstan menjauhi antara satu sama lain, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah kalam serta petunjuk dari Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.
Pemisahan Langit Dan Bumi
Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.
"dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?". (Surah Al-Anbia: 30)
Kalimah 'ratq' diertikan sebagai dijahit yang bermaksud 'dikumpul bersama, dicampur' dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa 'Kami membuka jahitan; adalah perkataan
fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.
Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material alam semesta.
Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan struktur alam semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur'an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.
Orbit
Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;
Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya). (Surah
al-Anbiya; 33)
Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;
Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)
Fakta
yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.
Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah az-Dzariyat;7)
Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.
Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.
Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.
Jumaat, 10 Julai 2009
Keajaiban Saintifik Al-Qur'an Oleh : Harun Yahya
Post
Jumaat, Julai 10, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Search
Categories
- pedoman (22)
- tips agama (11)
- Artical (8)
- hadis (8)
- quran (5)
- islan (4)
- Allah SWT (3)
- Firman Allah (2)
- Minda Mufti (2)
- Puasa (2)
- hukun 13 (2)
- 1 januari (1)
- ISLAM DIHINA DI MALAYSIA (1)
- Jangan (1)
- Lelaki (1)
- Sembahyang (1)
- Tarawih (1)
- Wanita (1)
Ads
Archives
- Februari 2026 (1)
- Oktober 2025 (1)
- Jun 2024 (1)
- April 2024 (1)
- Januari 2024 (1)
- September 2023 (1)
- Julai 2023 (1)
- Mei 2023 (1)
- Mac 2023 (1)
- September 2022 (1)
- Ogos 2022 (1)
- Julai 2022 (1)
- April 2022 (1)
- Januari 2022 (1)
- Disember 2021 (1)
- November 2021 (1)
- Oktober 2021 (1)
- Ogos 2021 (2)
- Julai 2021 (1)
- Jun 2021 (1)
- Mei 2021 (2)
- April 2021 (2)
- Mac 2021 (2)
- Februari 2021 (2)
- Januari 2021 (2)
- Disember 2020 (5)
- November 2020 (3)
- Oktober 2020 (1)
- September 2020 (3)
- Ogos 2020 (5)
- Julai 2020 (7)
- Jun 2020 (4)
- Februari 2020 (1)
- Julai 2019 (1)
- Julai 2018 (1)
- April 2017 (2)
- Januari 2017 (1)
- November 2016 (1)
- Ogos 2016 (1)
- Julai 2016 (5)
- Jun 2016 (1)
- Mei 2016 (3)
- April 2016 (3)
- Februari 2016 (4)
- Januari 2016 (1)
- Disember 2015 (2)
- September 2015 (1)
- Julai 2013 (1)
- Mei 2012 (1)
- April 2012 (1)
- Mac 2012 (7)
- November 2011 (1)
- Mac 2011 (1)
- November 2010 (2)
- Ogos 2010 (2)
- Julai 2010 (2)
- Jun 2010 (2)
- Mei 2010 (3)
- Mac 2010 (1)
- Februari 2010 (2)
- Januari 2010 (1)
- Disember 2009 (3)
- November 2009 (3)
- Oktober 2009 (1)
- Julai 2009 (9)
- Jun 2009 (5)
- April 2009 (6)
- Mac 2009 (1)
- Januari 2009 (2)
- November 2008 (2)
- Oktober 2008 (7)
- September 2008 (9)
- Ogos 2008 (2)
- Julai 2008 (4)
- Jun 2008 (7)
- Mei 2008 (16)
- April 2008 (13)
- Mac 2008 (11)
- Februari 2008 (3)
- Januari 2008 (6)
- Disember 2007 (3)
- November 2007 (8)
- Oktober 2007 (5)
- September 2007 (12)
- Ogos 2007 (6)
- Julai 2007 (9)
- Jun 2007 (9)
- Mei 2007 (7)
- April 2007 (7)
Partner
Blogroll
Facebook Badge
Page Popularity
Traffic Map
Traffic Feed
My Blog log
My List
-
-
Hello world!3 minggu yang lalu
-
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru8 tahun yang lalu
-
Anekahosting.com web hosting murah terbaik di indonesia12 tahun yang lalu
-
-
Butterflies are Free14 tahun yang lalu
-
Top 10 Spyware and Adware May 201115 tahun yang lalu
-
Online bachelor degree16 tahun yang lalu
-
-
Breeding Betta Fish Successfully17 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
0 komentar:
Catat Ulasan