Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." Riwayat Albazzar
Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)
Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka,
kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi
Puasa hari `Asyura', Tasu`a' dan kesebelas Muharram Puasa hari `Asyura' ialah puasa sunat pada hari kesepuluh bulan Muharram. Diriwayatkan daripada Mu`awiyah bin Abu Sufyan Radhiallahu `anhuma berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam
bersabda: Maksudnya: "Ini adalah hari `Ayura' dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dia dan barangsiapa mahu (tidak berpuasa) maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa)." (Hadits riwayat Bukhari)
Hikmat berpuasa pada hari `Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu `anhuma berkata: Maksudnya: "(Tatkala) Nabi Shallallahu `alaihi
wasallam sampai di Madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari `Asyura'. Baginda bersabda: "Apakah ini?" Mereka menjawab: "Hari yang baik, ini adalah hari yang mana Allah menyelamatkan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu" Nabi bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu" Lalu Baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa (pada hari itu.)" (Hadits riwayat Bukhari)
Kelebihan berpuasa di hari `Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu
Qatadah Al-Anshari berkata: Maksudnya: "Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam) tentang berpuasa pada hari `Asyura'? Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu." (Hadits riwayat Muslim)
Adalah disunatkan juga di samping berpuasa pada hari `Asyura', berpuasa pada hari Tasu`a' iaitu hari yang kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas Radhiallahu `anhuma berkata: Maksudnya: "Dahulu, ketika Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa pada hari `Asyura' dan Baginda memerintahkan (para
sahabatnya) untuk melakukan puasa itu, mereka berkata: "Wahai Rasulullah! (Bukankah) sesungguhnya hari `Asyura` itu hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani?" Maka Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam bersabda: "Apabila pada tahun yang akan datang, insyaAllah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan" Berkata Abdullah bin Abbas: "Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam telah pun wafat." (Hadits riwayat Muslim)
Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hariTasu`a' (sembilan Muharram) itu dari berbagai-bagai aspek:
1. Bagi menyalahi atau membezakan amalam orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari `Asyura' (Sepuluh Muharram) sahaja. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu `anhu berkata, Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atausehari selepasnya." (Hadits riwayat Ahmad)
2. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari `Asyura' kerana kemungkinan berlaku
kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.
3. Bagi maksud menyambung puasa hari `Asyura' dengan satu hari puasa yang lain kerana
tegahan Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat.
Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari `Asyura'. (lihat I`anah Ath-Thalibin 2/301)
Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari `Asyura' tanpa berpuasa pada hari Tasu`a', supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram.
dipetik dari laman web Mufti Brunei
http://www.brunet. bn/gov/mufti/ ic4_1999. htm
Selasa, 6 Januari 2009
Hari Asyura = 10 Muharram = 7 Januari 2008
Post
Selasa, Januari 06, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Search
Categories
- pedoman (22)
- tips agama (11)
- Artical (8)
- hadis (8)
- quran (5)
- islan (4)
- Allah SWT (3)
- Firman Allah (2)
- Minda Mufti (2)
- Puasa (2)
- hukun 13 (2)
- 1 januari (1)
- ISLAM DIHINA DI MALAYSIA (1)
- Jangan (1)
- Lelaki (1)
- Sembahyang (1)
- Tarawih (1)
- Wanita (1)
Ads
Archives
- Februari 2026 (1)
- Oktober 2025 (1)
- Jun 2024 (1)
- April 2024 (1)
- Januari 2024 (1)
- September 2023 (1)
- Julai 2023 (1)
- Mei 2023 (1)
- Mac 2023 (1)
- September 2022 (1)
- Ogos 2022 (1)
- Julai 2022 (1)
- April 2022 (1)
- Januari 2022 (1)
- Disember 2021 (1)
- November 2021 (1)
- Oktober 2021 (1)
- Ogos 2021 (2)
- Julai 2021 (1)
- Jun 2021 (1)
- Mei 2021 (2)
- April 2021 (2)
- Mac 2021 (2)
- Februari 2021 (2)
- Januari 2021 (2)
- Disember 2020 (5)
- November 2020 (3)
- Oktober 2020 (1)
- September 2020 (3)
- Ogos 2020 (5)
- Julai 2020 (7)
- Jun 2020 (4)
- Februari 2020 (1)
- Julai 2019 (1)
- Julai 2018 (1)
- April 2017 (2)
- Januari 2017 (1)
- November 2016 (1)
- Ogos 2016 (1)
- Julai 2016 (5)
- Jun 2016 (1)
- Mei 2016 (3)
- April 2016 (3)
- Februari 2016 (4)
- Januari 2016 (1)
- Disember 2015 (2)
- September 2015 (1)
- Julai 2013 (1)
- Mei 2012 (1)
- April 2012 (1)
- Mac 2012 (7)
- November 2011 (1)
- Mac 2011 (1)
- November 2010 (2)
- Ogos 2010 (2)
- Julai 2010 (2)
- Jun 2010 (2)
- Mei 2010 (3)
- Mac 2010 (1)
- Februari 2010 (2)
- Januari 2010 (1)
- Disember 2009 (3)
- November 2009 (3)
- Oktober 2009 (1)
- Julai 2009 (9)
- Jun 2009 (5)
- April 2009 (6)
- Mac 2009 (1)
- Januari 2009 (2)
- November 2008 (2)
- Oktober 2008 (7)
- September 2008 (9)
- Ogos 2008 (2)
- Julai 2008 (4)
- Jun 2008 (7)
- Mei 2008 (16)
- April 2008 (13)
- Mac 2008 (11)
- Februari 2008 (3)
- Januari 2008 (6)
- Disember 2007 (3)
- November 2007 (8)
- Oktober 2007 (5)
- September 2007 (12)
- Ogos 2007 (6)
- Julai 2007 (9)
- Jun 2007 (9)
- Mei 2007 (7)
- April 2007 (7)
Partner
Blogroll
Facebook Badge
Page Popularity
Traffic Map
Traffic Feed
My Blog log
My List
-
-
Hello world!3 minggu yang lalu
-
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru8 tahun yang lalu
-
Anekahosting.com web hosting murah terbaik di indonesia12 tahun yang lalu
-
-
Butterflies are Free14 tahun yang lalu
-
Top 10 Spyware and Adware May 201115 tahun yang lalu
-
Online bachelor degree16 tahun yang lalu
-
-
Breeding Betta Fish Successfully17 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
0 komentar:
Catat Ulasan