Join ViralMoneyList.com

Ahad, 20 Mei 2012

0

Sebenarnya dalam ayat itu ada beberapa ajaran yang tersirat

DALAM Al-Quran Allah memberikan "kebenaran' kepada suami untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya pada bila-bila saja. Hal ini seperti dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud: "Isteri-isteri kamu adalah sawah ladang kamu, maka datangilah sawah ladangmu itu dengan cara yang kamu sukai." (Surah al-Baqarah, ayat 223)

Bagaimanapun, sebenarnya dalam ayat itu ada beberapa ajaran yang tersirat, iaitu "mendatangi sawah ladang mestilah dilakukan pada waktu dan masa yang sesuai, bukan sesuka hati.'

Perkara sedemikian kerana apabila menanam padi dan tumbuhan lainnya di sawah atau ladang tanpa melihat keadaan musim dan waktu, maka sawah ladang tadi tidak akan memberikan hasil yang baik.

Ertinya, meskipun Allah memberikan kebebasan kepada suami untuk melakukan hubungan badan dengan isterinya, suami mestilah bersikap bijaksana. Suami tidak melakukan paksaan apabila dia mengetahui bahawa isterinya dalam keadaan tidak bersedia.

Sikap saling memahami dan bertolak ansur antara suami isteri ini digambarkan dalam al-Quran. Firman-Nya bermaksud: "Isterimu itu adalah pakaian kamu, dan kamu adalah pakaian mereka." (Surah al-Baqarah, ayat 187)

Berdasarkan ayat ini, jelas bahawa antara suami dan isteri memiliki darjat yang setara dan saling melengkapi antara satu sama lain. Untuk itu, hubungan seks mesti dilakukan dengan cara yang baik dan menyenangkan kedua-dua pihak.

Oleh kerana hubungan seks memiliki peranan penting dalam ajaran Islam, maka ulama menetapkan beberapa hukum berkenaan dengan masalah ini, iaitu:

Wajib

Hukum ini berlaku andai kata suami meminta isteri melakukan hubungan seks, sementara isteri berada dalam keadaan suci tidak ada uzur dan siap secara fizikal dan mental. Maka pada keadaan seperti ini, wajib bagi isteri untuk melakukan hubungan itu dengan suaminya.

Dalam hal ini, Rasulullah saw pernah bersabda bermaksud: "Apabila seorang suami meminta isterinya untuk melakukan hubungan badan, sementara isterinya tidak mahu untuk melakukannya dan suami itu berasa marah, maka malaikat akan mengutuk isteri berkenaan dari malam hingga ke pagi." (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis itu, Rasulullah memberikan kebebasan kepada suami untuk meminta isteri melayannya, tetapi Baginda sentiasa mengingatkan beberapa adab atau etika yang harus dipatuhi oleh suami agar isteri tidak berasa dipaksa atau terpaksa.

Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda: "Janganlah antara kamu melakukan hubungan badan dengan isterinya seperti binatang. Sebaiknya mereka melakukan dua perkara terlebih dulu. Sahabat bertanya, apa dua perkara itu? Rasulullah menjawab ciuman dan kata-kata mesra." (Hadis riwayat Dailami)

Ciuman dan kata-kata mesra seperti dikatakan dalam hadis itu untuk membangkitkan ghairah isteri hingga dia bersiap sedia untuk melakukannya dengan hati rela.

Di samping itu, suami tidak dibenarkan hanya mementingkan kepuasan dirinya tanpa memerhati keadaan isteri.

Rasulullah dalam hal ini pernah bersabda: "Apabila kamu melakukan hubungan badan dengan isterimu dan kamu telah berasa puas, sementara isteri kamu belum lagi merasakan kepuasan syahwatnya, maka kamu harus tetap bersamanya hingga dia juga merasakan kepuasan itu." (Hadis riwayat Abu Ya'la)

Berdasarkan keterangan di atas dapat difahami meskipun isteri wajib melayan keinginan suaminya, hubungan badan untuk kepentingan kedua-dua belah pihak, hingga tidak ada yang berasa dipaksa dan dirugikan.

Hubungan badan yang mesra seperti inilah yang disyariatkan oleh agama dan mendatangkan kesihatan baik dari segi fizikal mahupun mental.

Sunat

Sunat melakukan persetubuhan pada Jumaat dengan syarat ketika suami menginginkan hubungan berkenaan isteri berada dalam keadaan suci tanpa uzur.

Perkara ini berdasarkan riwayat bahawa Rasulullah bersabda: "Siapa yang mandi junub pada Jumaat dan dia pergi ke masjid, maka dia seperti telah berkorban seekor kambing."
Makruh

Makruh melakukan hubungan badan apabila satu pihak berada dalam ketakutan, waktu yang tidak sesuai, tidak ghairah dan semua keadaan yang boleh membuat hubungan seks itu tidak mencapai matlamat sebenar.

Haram

Haram hukumnya melakukan hubungan seks apabila isteri berada dalam keadaan haid seperti firman Allah, maksudnya: "Janganlah kamu mendekati mereka (isteri kamu untuk melakukan hubungan seks) hingga mereka bersih." (Surah al-Baqarah, ayat 222).

Pakar perubatan moden juga bersetuju bahawa perempuan yang sedang haid tidak boleh disetubuhi kerana pada waktu itu mereka sedang mengeluarkan darah kotor yang mengandungi banyak kuman dan bakteria.

Di samping itu, pada masa haid saraf alat kelamin mereka sedang berada dalam keadaan yang tidak stabil.

Diharamkan juga bersetubuh pada siang puasa Ramadan dan pada waktu melaksanakan ihram atau menyetubuhi isteri melalui duburnya.

Demikian besarnya perhatian Islam dalam masalah pernikahan, khususnya masalah hubungan seksual hingga suami dan isteri tidak ada berasa dirugikan atau dipaksa.

Perkara itulah yang dipesan Rasulullah dalam sabdanya: "Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan perempuan. Sesungguhnya kamu ambil mereka dengan amanah Allah dan kamu halalkan mereka dengan kalimah Allah." (Hadis riwayat Muslim)

Andai kata setiap Muslim memahami matlamat nikah dan hubungan seksual dalam Islam, maka tidak akan ada lagi istilah isteri dirogol suami. Sebab isteri menyedari bahawa dengan ijab dan kabul dia telah menyerahkan dirinya kerana Allah untuk suaminya.

Suami pula menyedari bahawa isteri adalah amanah Allah yang telah diterimanya melalui ijab dan kabul itu.

Dengan kesedaran ini, maka suami dan isteri akan melakukan hak dan kewajipan mereka dengan baik berdasarkan panduan al-Quran dan sunnah. Tidak akan ada yang berasa dizalimi atau menzalimi. Suami dan isteri sama berusaha menciptakan keluarga bahagia baik di dunia atau akhirat.
-------------------------------------------------------------------------------------
Iklan Penaja

Saya akan follow-up dalam masa 24jam. Jika tiada sebarang makluman dalam tempoh 24 jam, anda send message kepada saya melalui facebook di facebook saya disini. http://www.facebook.com/MatSpy

Sekiranya anda ingin memiliki autoresponder aka posman penghantar flier untuk anda, saya cadangkan gunakan Posmaster Trafficwave, jika sudah ada  abaikan cadangan ini: Link untuk daftar Trafficwave:  http://www.matspy.com/TrafficWave.htm

Isnin, 2 April 2012

0

al-Quran merupakan petunjuk hidup

Al-Quran Yang Berjalan NESTAPA sekali orang yang berkelana di muka bumi ini terhuyung-huyung tanpa pegangan hidup. Ke mana kaki hendak melangkah, ia pun ragu. Selalu bertanya-tanya: benarkah apa yang saya perbuat? Salahkah? Hidupnya tanpa tujuan. Padahal Allah, Sang Maha Pencipta alam raya, menciptakan hamba-Nya tanpa disia-sia. Dia beri pula pedoman hidup sebagai petunjuk menuju jalan yang benar. Dengan pedoman itu manusia hidup terarah, teratur dan tenteram. Itulah dia Al-Quran. Kitab suci sepanjang zaman.

Bagi seorang muslim, al-Quran merupakan petunjuk hidup yang akan membawanya pada kemuliaan hidup dunia dan akhirat. Allah sendirilah yang menyatakannya secara langsung di dalam firman-Nya, Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu. Maka apakah kamu tiada memahaminya? (Al-Anbiya`: 10) Imam Abu Abdillah Al-Qurthubi, seorang penafsir Al-Quran terkemuka, memberikan keterangan mengenai kata 'dzikrukum' dalam ayat di atas sebagai 'kemuliaan kalian'. Jadi, al-Quran ini ialah pedoman dasar orang-orang yang menghajatkan hidup mulia di dunia dan akhirat.

Dan sebaliknya, pastilah juga sudah bisa ditebak bahwa orang yang tidak mau memegangi dan berkomitmen terhadap al-Quran pastilah akan menjadi golongan orang yang hina lagi rendah. Tak memiliki kehormatan sama sekali. Di ayat lain, berpararel dengan ayat di atas, Allah katakan, Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar adalah suatu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan diminta pertanggungan jawab. (Az-Zukhruf: 43-44) Sama, Allah menyebutkan kata 'dzikr' yang berarti 'kemuliaan', seperti ditafsiri oleh Imam Al-Qurthubi pula dalam Al-Jami' fie Ahkamil Quran. Manakala kaum muslim dekat dan erat menjalankan hukum-hukum al-Quran dalam hidup keseharian mereka, maka Allah akan mengangkat derajat dan kedudukan mereka di hadapan umat lain. Allah akan tiupkan haibah (rasa segan) dalam hati mereka. Sehingga, tak semena-mena mereka memperlakukan kaum Muslim.

Hanya dengan al-Quran inilah Allah mengangkat kehormatan suatu bangsa. Dan, dengan barometer al-Quran pula Allah merendahkan kedudukan sebagian yang lain. Secara jelas, Rasulullah sampaikan, إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِيْنَ _ رواه مسلم Sesungguhnya Allah akan memuliakan suatu kaum dengan kitab ini (Al-Qur`an) dan dengannya pula Dia rendahkan yang lain. (h.r. Muslim) Namun, tampaknya kebanyakan kaum Muslim sendiri kurang bersemangat menyambut berita dari Al-Quran dan hadits Nabi Muhammad di atas. Al-Quran, di kebanyakan rumah kaum Muslim, tak lebih dari sekedar pajangan di rak buku. Atau, kalaupun dibaca, mereka menganggapnya tak lebih dari bacaan biasa, tanpa makna dan tanpa rasa.

Jika pun membacanya, terkadang dilakukan di sela-sela waktu sisa aktivitas duniawi mereka. Tak ada waktu yang secara khusus diluangkan untuk berinkteraksi dengan Al-Quran. Sebagai muslim, semestinya kita punya waktu pilihan untuk mengakrabi al-Quran. Sebab, di dalam al-Quran terkandung banyak ilmu dan hikmah. Orang-orang kafir pun mengakui fakta ini. Inspirasi ilmu pengetahuan modern, teknologi, dan tata kehidupan sosial kemasyarakatan banyak digali oleh orang-orang kafir dari kitab suci kita. Namun, umat Islam sendiri justru tidak ambil peduli dan terkesan mengesampingkan al-Quran. Bahkan, tak jarang dijumpai ada orang Islam yang merasa risi dan tidak percaya diri ketika harus menyebutkan al-Quran sebagai referensi di tengah-tengah perbincangan, forum diskusi atau seminar. Sikap semacam ini jelas merupakan satu bentuk ketidakpatuhan terhadap ajaran Nabi Muhammad yang mengatakan bahwa, إِنَّ أَفْضَلَكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ "Sesungguhnya orang yang paling utama di antara kalian ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya." (h.r. Al-Bukhari) Di satu sisi, orang menghajatkan kehormatan, kemuliaan dan ketinggian derajat. Namun, pada waktu bersamaan mereka bergerak menjauh dari jalan yang akan mengantar mereka kepada semua cita-cita itu. Tapi, masih ada harapan untuk senantiasa berbenah diri. Belum terlambat, selagi nyawa belum lagi sampai di tenggorokan.

Mari kita kembali kepada al-Quran. Kembali kepada ajaran Allah yang mulia. Merasakan indahnya sentuhan-sentuhan ilahiyah yang terkandung di dalam setiap tuntunannya. Kemuliaan setiap insan tak mungkin diperoleh selain dengan menerjemahkan teks-teks ayat suci al-Quran ke dalam praktek kehidupan nyata. Ringkasnya, jika memang ingin mulia, kita harus menjadikan al-Quran sebagai landasan berakhlak. Para salaf dahulu senantiasa berwasiat, أَثِيْرُوا الْقُرْآنَ "Jadikanlah Al-Quran sebagai pedoman." Rasulullah sendiri memiliki kepribadian yang istimewa karena segala ucapan dan perbuatan beliau selalu bersesuaian dengan Al-Quran. Ketika ditanya tentang akhlak Rasulullah, ibunda Aisyah mengatakan, كَانَ خُلُقُهُ الْقُرْآنَ "Akhlak beliau ialah al-Quran." (h.r. Ahmad) Rasulullah laiknya Al-Quran yang hidup dan berjalan di muka bumi. Sebagai umatnya, kita pun harus meneladani. Mari kuatkan tekad menjadi The Walking Quran!

-------------------------------------------------------------------------------------
Iklan Penaja

Saya akan follow-up dalam masa 24jam. Jika tiada sebarang makluman dalam tempoh 24 jam, anda send message kepada saya melalui facebook di facebook saya disini. http://www.facebook.com/MatSpy

Sekiranya anda belum lagi memiliki webhosting untuk membina mail list anda sendiri, saya cadangkan gunakan webhosting GDI, sekiranya sudah ada  abaikan cadangan ini: Link untuk pendaftaran: http://www.followmetoday.ws/

Sekiranya anda ingin memiliki autoresponder aka posman penghantar flier untuk anda, saya cadangkan gunakan Posmaster Trafficwave, jika sudah ada  abaikan cadangan ini: Link untuk daftar Trafficwave:  http://www.matspy.com/TrafficWave.htm

Ahad, 25 Mac 2012

0

Tenaga Nafas Pndekar didalam Islam

Senaman bangsa melayu juga ada yang mengunakan teknik pernafasan iaitu dipanggil senaman Apok bagi membena tenaga dalaman bagi kekuatan zahir dan batin.Senaman yang terdapat didalam Chi Kung adalah khusus juga untuk membena badan dan minda yang sehat disamping meningkat energi seseorang. Senaman mengeluarkan peluh dan didalamnya terkandung pelbagai kotoran seperti lemak dan kolestrol.

Bila mengamalkan senaman dgn rutin/istiqamah akan menyihatkan badan dan minda kerana oksigen dapat memenuhi ruang yg sepatutnya didalam darah yg telah dibersihkan dari kotoran tadi. Bila darah mendapat bekalan oksigen yg cukup tanpa berkongsi ruang dgn kotoran yg memekatkan darah tadi(akan nampak kalau buat bekam), maka ibaratnya bola atau tayar yg cukup keras kerana mampatnya udara didalamnya. Kekuatan tubuh ibarat tayar tadi la…mampu menampung berat badan kereta bersama penumpangnya yg MASYAALAAH…Otak yg dipenuhi oksigen tentunya melahirkan akal yg cerdik. Gerakan yg lembut dlm Tai Chi ibarat naik tangga berjalan kaki, sampai juga kalau 10 tkt.Tapi kalau berlari…semput kat tengah jalan pasal….tak cukup udara kah..kah..kah.


Kata Tok Waliqudus " Tenaga Dalaman yang dimaksudkan adalah asas dari Teknik Pernafasan dimana ianya bermula dari Asas Zikir Nafs…tidak Dinafikan bahawa ianya memiliki Kekuatan Luar-biasa." Zikir yg paling afdal adalah LAILAHA ILLALLAH. JUGA SEBAIK-BAIK ZIKIR ADALAH MEMBACA AL-QURAN. Pembacaan al-quran merupakan satu set senaman nafas yang paling effektif untuk meningkat kan kekuatan dalaman ( selain sebagai satu ibadah sunat yg paling afdal),

Bila dibaca secara tertib dan berlagu dengan betul, maka cerapan oksigen ( dan kekuatan Ilahiyah) akan berlaku.Bagaimana…MALAIKAT ISRAFIL adalah malaikat penjaga nafas, Israfil juga yg dianugerahi ALLAH SWT segala ILMU AL-QURAN dan bila Israfil memasukkan RUH kedalam jasad ADAM melalui ubun-ubun, ISRAFIL nampak pada dahi ADAM, terdapat juga seluruh isi al-quran pada NUR MUHAMMAD didalam jasad ADAM.

JADI, malaikat ISRAFIL akan mendampingi sesiapa sahaja yg memenuhi nafasnya dgn bacaan al-quran apalagi kalau dah sebati dan bacaan itu hidup sendiri didalam jantung serentak dengan keluar masuk nafas. Zikir LAILAHA ILLALLAH, tiada kekuatan selain kekuatan ALLAH, tiada kekebalan selain kekebalan ALLAH, TIADA YG HEBAT SELAIN ALLAH dan ALLAH SWT dah pancarkan kekuatan itu melalui SIFAT_SIFAT dan NAMA_NAMA NYA.

" Di alam benda nafas disebut angin yang mengimbangi unsur tanah dan air untuk menerbitkan api. Di alam raga nafas disebut udara yang mengimbangi darah dan daging untuk menerbitkan haba." Allah SWT mengkhabarkan bahawa Ia menganugerahkan kepada manusia besi yg kukuh dan kuat untuk kegunaan manusia (juga dapat memerangkap JIN & SYAITAN). Besi dapat menghancurkan gunung (tanah), namun besi dapat dileburkan oleh api yg sangat panas. Sepanas-panas api kalau disimbah air padam lah dia kah..kah..kah..jangan engkau sombonglah wahai api.

Walhal air dapat dikalahkan oleh Angin (NAFAS). Pernah tengok ombak tsunami yang diambil gambarnya dari satelit…..ANGIN telah membentuk ombak itu dalam bentuk 99 dalam satu titik. Menggambarkan kekuatan sebenar adalah kekuatan ALLAH AZZAWAJALLA dari BAHR AL_QUdr dibawa oleh MALAIKAT ISRAFIL. Bila ISRAFIL berdamping dgn kita , dia duduk dimana? Pada janggut brader….pasang janggut brader, biar ada tempat ISRAFIL bertempat pada badan kita…..biarkan kekuatan ILAHIYAH itu kekal bersama kita.
-------------------------------------------------------------------------------------
Iklan Penaja

Saya akan follow-up dalam masa 24jam. Jika tiada sebarang makluman dalam tempoh 24 jam, anda send message kepada saya melalui facebook di facebook saya disini. http://www.facebook.com/MatSpy

Sekiranya anda belum lagi memiliki webhosting untuk membina mail list anda sendiri, saya cadangkan gunakan webhosting GDI, sekiranya sudah ada  abaikan cadangan ini: Link untuk pendaftaran: http://www.followmetoday.ws/

Sekiranya anda ingin memiliki autoresponder aka posman penghantar flier untuk anda, saya cadangkan gunakan Posmaster Trafficwave, jika sudah ada  abaikan cadangan ini: Link untuk daftar Trafficwave:  http://www.matspy.com/TrafficWave.htm