Join ViralMoneyList.com

Ahad, 12 Oktober 2008

0

Hari Raya & Seribu Macam Kekalutan?

Kenapa bila tiba hari raya je, mesti sibuk kita nak minta maaf? Sampaikan dengan orang yang kita tidak kenal pun kita kena “minta maaf zahir & batin”?

Kenapa hari raya ini sampai dikhususkan dengan perbuatan bermaaf-maafan. Kenapa tidak di hari atau bulan yang lain? Di waktu yang lain?

Sampai ada yang berkata, “Kalau aku buat salah dengan dia pun, alaa... nanti hari raya, aku datang rumah dia minta maaflah.”

Waah! Mana dalilnya?

Sepatutnya, bukankah kalau kita ada melakukan kesilapan je terhadap seseorang, maka kita dituntut agar menyegerakan memohon maaf! Kenapa perlu tunggu hari raya?

Peliknya “orang kita” ni...

Yang keduanya, kenapa ketika tiba 1 syawal je, berebut-rebut orang pergi menziarahi kuburan? Nak tahu juga saya di mana dalilnya yang “men-sunnahkan” amalan tersebut tsabit dari seruan Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wa Sallam...

Kenapa tidak hari lain? Kenapa juga mesti kuburan yang dilawat itu adalah kuburan ahli keluarga kita? Ada atau tidak dalilnya? Kenapa mesti ketika di hari raya? Suatu yang sunnah ke untuk berhari raya di kuburan?

Lagi, lagi, lagi... kenapa bila datang kuburan je mesti kita bacakan al-Qur’an atau ber-Yasinan atau bertahlilan? Mana dalilnya ya...

Aku berfikir, macam manalah, orang-orang yang mati karam di lautan dan hilang di rimba tanpa ditemui mayatnya? Kasihannya mereka tidak mendapat bacaan al-Qur’an di kuburannya setiap pagi raya. Tiada orang yang mentahlilkannya.

Apakata kita lihat semula apa Nabi kata,

“Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata: Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Janganlah kamu jadikan kuburku tempat berhari raya”.” (Hadis Riwayat Ahmad & Abu Daud)

Maka, dua perkara inilah yang merupakan sebahagian dari kepelbagaian kekeliruan yang sering berlaku di dalam masyarakat kita.

Ini termasuklah kekalutan demi kekarutan yang lainnya seperti amalan marhaban, bara’an (popular di kalangan orang-orang jawa di Selangor & Johor), amalan melakukan rombongan bertakbir dari rumah ke rumah di ketika malam raya, amalan memberikan duit raya, amalan memasang lampu raya dengan niat meraikan malam tujuh likur serta mencahayakan kehadiran syawal, dan juga amalan bernyanyian malah sehingga ada lagu-lagu khusus sempena hari raya. Bukan setakat lagu, ditambah juga dengan aktiviti berjogetan dan maksiat di antara kaum wanita dengan lelaki melalui acara tayangan filem, pesta tarian, lakonan, dan seumpamanya.

Berkenaan amalan-amalan ini sebenarnya ada sebahagiannya menyentuh persoalan aqidah yang menceduk amalan kaum Syi'ah dan sufi yang sesat (merujuk kepada kandungan marhaban/berzanji yang dibacakan), menyerupai amalan masyarakat Hindu dalam perayaan Deepavali-nya yang meraikannya dengan "Pesta Cahaya" iaitu dengan memasang lampu-lampu pelita malah mungkin termasuk kepada mengangungkan api daripada iktiqad kaum Majusi, manakala amalan duit raya pula kini seakan-akan menjadi suatu kewajiban yang mana niat kanak-kanak berkunjung ke setiap rumah sudah terarah untuk mengumpul sebanyak mungkin duit raya.

Ini tidak lain sebenarnya telah melalaikan dari maksud dan tujuan sebenarnya kita berhari raya yang mana untuk membesarkan dan mengangungkan Allah.

“Hendaklah kamu menyempurnakan bilangannya (puasa Ramadhan) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) di atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, mudah-mudahan kamu mahu bersyukur”. (Surah al-Baqarah, 2: 185)

Tetapi diakibatkan kecelaruan, tokok-tambah, dan kejahilan tersebut, maka ia lantas menjadikan suasana hari raya berubah kepada hari menyekutukan Allah dan hari untuk merobek as-Sunnah yang suci dan mulia! Yang sepatutnya menjadi Syi'ar agama di hari tersebut semakin dilupakan dan terabai. Tetapi, tokok tambah yang jauh dari cahaya syari'at pula semakin diperjuangkan. Na'uzubillah...

0

Wujudkah Hantu dan Alien

Ramai orang rosak imannya kerana 2 makhluk nie, hantu, alien, nama pun makhlukkan, apa yang nak dipelikkan. Kita orang Islam dilarang sama sekali untuk takut kepada makhluk sehingga takut makhluk lebih dari takutkan ALLAH. Siapa hantu dan alien tue? Ada tak dalam Al-Quran atau Hadis mengenai hantu dan alien, adakah Al-Quran dan Hadis tak lengkap. TIDAK, Al-Quran dan Hadis dah lengkap, cuma kita yang tak lengkapkan dalam diri kita, jadi ini bermakna hantu dan alien adalah samada kalangan jin atau syaitan. Dah tue kenapa hantu dan alien nie menakutkan semua kita sedangkan dalam Al-Quran ALLAH bagi tahu kitalah Kalifah di muka bumi ini. Perasan tak?

Hantu takut waktu siang, dia tak ada jasad, yakni jisim, dia ada waktu malam jer, lepas tue takut pula Al-Quran sedangkan kita siang malam kita ada, dan ada roh dan jasad, malah orang tak beriman tak takut pun kalau kita bacakan ayat Al-Quran padanya macam takutnya hantu pada Al-Quran. Sebenarnya punca kita takut pada hantu adalah iman kita lemah, kebanyakan orang yang mengaku dirasuk, hysteria, demam nampak hantu adalah kalangan orang lemah iman, lemah semangat, pernah tak dengar orang alim kena kejar puntianak, atau pengsan terperanjat disergah puntianak, atau hysteria nampak puntianak, sedangkan orang-orang alim nie malam-malam mereka berjaga untuk menunaikan ibadah malam. Mustahil ada betul tak, kalau ada pun maknanya orang tue bukan orang alim walau dia gulung serban atas kepala. Ini kerana hantu takut pada orang alim, tapi kenapa, sebabnya iman orang alim tue iman sebenar, makhluk tak ada kuasa, yang kuasa hanyalah ALLAH. Maka atas sebab iman yang betul ALLAH pelihara orang alim tadi dari segala macam makhluk baik hantu, Alien mahupun manusia.

Alien, pesawat piring dia, canggih lebih maju dari manusia. Dikatakan wujud dari planet lain. Pernah menculik manusia. Pernah operate haiwan dan ambil jantungnya sahaja, macam-macam lah. Perasan tak orang alim tak kena culik pun dengan alien, yang asik kena culik orang bukan Islam, kenapa alien tue tak culik orang Islam, timbul persoalan betul tak. Kenapa mereka lebih canggih dari manusia? Siapa cakap mereka canggih, mereka perlukan teknologi untuk kemari, kalau pesawat mereka tak ada habislah mereka. Sedangkan Rasulullah s.a.w isra` mikraj 1 malam jer pergi ke langit ketujuh jumpa ALLAH tak perlu teknologi canggih, hanya dengan izin ALLAH, PERCAYA ATAU TIDAK? Jadi siapa lagi canggih, manusia dengan izin ALLAH ke alien. Nabi Musa a.s hentak tongkat terbelah laut untuk dilalui umatnya, dengan izin ALLAH, tak guna teknologi, alien boleh buat, siapa lagi canggih. Nabi Isa a.s boleh hidupkan orang mati hanya doa pada ALLAH, tak guna teknologi, alien boleh buat, siapa lagi canggih. Nabi Ibrahim dicampakkan dalam api selama 40 hari, sehelai bulu roma pun tak terbakar dengan izin ALLAH, tak guna teknologi, alien boleh ke, siapa lagi canggih. Itu nabi! Ashabul Kahfi ditidurkan selama 1,000 tahun tanpa makan dan minum dan tak tua, dengan izin ALLAH, tak guna teknologi, alien boleh ke, siapa lagi canggih. Paling dekatlah, penduduk kampong Kailolo Sulawesi Indonesia, doa pada ALLAH jer, kubah masjid terbang sendiri ke atas menaranya, tak guna teknologi, siapa lagi canggih, siapa lagi canggih, siapa lagi canggih?

Dari semua cerita diatas, bagi orang yang tak percaya kekuasaan ALLAH percaya itu semua sihir, termasuk mukjizat nabi-nabi kita, betul tak. Sedangkan David Coperfield nak hilangkan menara patung Amerika tue pun dengan izin ALLAH asbab bantuan syaitan. Malah pernah dengar tak kisah kiai-kiai, wali-wali ALLAH ada yang boleh terbang, ada boleh ghaib, ada boleh ke dimensi lain, ada boleh tembus dinding, ada boleh ke Mekah bila-bila masa dia nak, tak percaya, terpulang, bagi saya dengan izin ALLAH, iman yang betul, semua boleh jadi.

Marilah betulkan iman kita, percayalah semuanya dengan izin ALLAH, makhluk tak ada kuasa, hantu, alien tue makhluk, kita Kalifah, kita ketua, kita lagi mulia, kita lagi canggih dari dia kalau hubungan kita dengan ALLAH rapat, mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, jadi marilah kita rapatkan hubungan dengan ALLAH, dengan yakin yang betul, maka ALLAH akan beri kita petunjuk dan bantuan dari yang tak disangka-sangka, LAILAHAILLALLAH.

Selasa, 7 Oktober 2008

0

Hari Raya & Seribu Macam Kekalutan?

Kenapa bila tiba hari raya je, mesti sibuk kita nak minta maaf? Sampaikan dengan orang yang kita tidak kenal pun kita kena “minta maaf zahir & batin”?

Kenapa hari raya ini sampai dikhususkan dengan perbuatan bermaaf-maafan. Kenapa tidak di hari atau bulan yang lain? Di waktu yang lain?

Sampai ada yang berkata, “Kalau aku buat salah dengan dia pun, alaa... nanti hari raya, aku datang rumah dia minta maaflah.”

Waah! Mana dalilnya?

Sepatutnya, bukankah kalau kita ada melakukan kesilapan je terhadap seseorang, maka kita dituntut agar menyegerakan memohon maaf! Kenapa perlu tunggu hari raya?

Peliknya “orang kita” ni...

Yang keduanya, kenapa ketika tiba 1 syawal je, berebut-rebut orang pergi menziarahi kuburan? Nak tahu juga saya di mana dalilnya yang “men-sunnahkan” amalan tersebut tsabit dari seruan Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wa Sallam...

Kenapa tidak hari lain? Kenapa juga mesti kuburan yang dilawat itu adalah kuburan ahli keluarga kita? Ada atau tidak dalilnya? Kenapa mesti ketika di hari raya? Suatu yang sunnah ke untuk berhari raya di kuburan?

Lagi, lagi, lagi... kenapa bila datang kuburan je mesti kita bacakan al-Qur’an atau ber-Yasinan atau bertahlilan? Mana dalilnya ya...

Aku berfikir, macam manalah, orang-orang yang mati karam di lautan dan hilang di rimba tanpa ditemui mayatnya? Kasihannya mereka tidak mendapat bacaan al-Qur’an di kuburannya setiap pagi raya. Tiada orang yang mentahlilkannya.

Apakata kita lihat semula apa Nabi kata,

“Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata: Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Janganlah kamu jadikan kuburku tempat berhari raya”.” (Hadis Riwayat Ahmad & Abu Daud) Maka, dua perkara inilah yang merupakan sebahagian dari kepelbagaian kekeliruan yang sering berlaku di dalam masyarakat kita.